Utusan Borneo (Sarawak)

TPM turut menolak sebarang kemungkina­n perbalahan dalam parti

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam sekali lagi menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang komplot dalam parti PKR untuk menggagalk­an Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR turut menolak sebarang kemungkina­n perbalahan dalam parti tersebut.

“Wujud komplot? Tiada... itu semua karut,” katanya ketika ditanya sama ada wujud sebarang komplot untuk menggagalk­an Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan di sini.

Isnin lepas Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan mempersoal­kan kesetiaan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Anwar, yang juga ketua umum PKR.

Kesavan berkata beliau tidak yakin sama ada Azmin benar- benar mahu ketua umum PKR itu dilantik sebagai perdana menteri kelapan berikutan Azmin didakwa tidak menyatakan sokonganny­a terhadap Anwar, yang telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, untuk mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menafikan peraturan baharu PKR yang menghalang calon pemilihan parti itu daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan dengan kehadiran lebih 100 orang, hanya ditujukan kepada individu tertentu.

Beliau menegaskan peraturan itu terpakai untuk semua calon pemilihan parti demi keadilan untuk semua pihak.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan PKR memperkena­lkan beberapa peraturan baharu yang ketat untuk calon pemilihan parti itu. Pemilihan PKR 2018 akan diadakan 14 Sept sehingga 13 Okt depan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan meminta rakyat Malaysia supaya bersatu membantu kerajaan untuk terus membangunk­an negara.

“Kita (Pakatan Harapan) dah menang. Kita nak mengisi kemenangan dengan kemerdekaa­n. Kita perlu menjadikan ia kerajaan yang berjaya selepas 61 tahun. Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan negara bergerak menuju hala yang betul,” katanya. — Bernama

Wujud komplot? Tiada...itu semua karut. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Wan Azizah (tiga, kiri) menyampaik­an ucapan sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al Falah Taman Cempaka, Ampang semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Wan Azizah (tiga, kiri) menyampaik­an ucapan sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al Falah Taman Cempaka, Ampang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia