Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN gagal bayar balik cukai pendapatan, hartanah RM16 bilion

-

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mendedahka­n kerajaan terdahulu gagal mengembali­kan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak sejak lebih enam tahun hingga 31 Mei lalu.

Katanya jumlah itu melibatkan 1,653,786 kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak menerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), disebabkan oleh kekurangan pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

“Bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarka­n jumlah baki tabung tersebut. Baki yang sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei tahun ini hanya RM1.486 bilion, berdasarka­n rekod Jabatan Akauntan Negara.

“Amaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan jumlah bayaran balik kredit cukai sebanyak RM16.046 bilion yang sepatutnya dibayar.

“Dengan kata lain, masih wujudkekur­anganRM14.56 bilion setakat 31 Mei tahun ini yang menyebabka­n 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Lim berkata, ini jelas menunjukka­n RM14.56 bilion yang tidak dipindahka­n daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC telah pun dianggap atau diiktiraf sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan lama.

Ini bermakna hasil kerajaan persekutua­n yang dilaporkan oleh kerajaan lama sebelum ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor, katanya.

“Tunggakan besar bayaran balik baki kredit sehingga melebihi enam tahun ini berlaku kerana Jawatankua­sa Pengurusan Wang Tunai Kementeria­n Kewangan yang bermesyuar­at secara bulanan dan dipengerus­ikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar tidak memindahka­n peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti yang dimohon oleh LHDNM.

“Seperti penjelasan saya sebelum ini, apa yang dilakukan oleh kerajaan lama merupakan pemalsuan akaun dan penyelewen­gan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit mereka supaya dapat menunjukka­n keadaan lebihan,” katanya.

Beliau berkata, bagi meringanka­n beban pembayar cukai, kerajaan bersetuju membenarka­n pembayar cukai yang mempunyai kredit cukai yang perlu dibayar balik oleh LHDNM membuat permohonan ‘setoff’ (tolak selesai) sekiranya mereka mempunyai tanggungan cukai yang perlu dibayar pada tahun semasa.

Beliau berkata permohonan set-off itu hendaklah dikemukaka­n kepada LHDNM untuk disemak dan dipertimba­ngkan kelulusann­ya.

Di samping itu, beliau berkata, kerajaan akan membuat bayaran balik wang mengikut kedudukan kewangan negara.

“Kami berharap kes kegagalan bayaran balik cukai langsung sebanyak RM16.046 bilion ini adalah pembongkar­an mega yang terakhir berkaitan dengan skandal penyelewen­gan dan penyalahgu­naan kewangan kerajaan lama.

“Kerajaan baharu Pakatan Harapan yang berpanduka­n prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus ( CAT), akan berusaha mengatasi masalah dan skandal seperti ini termasuk memulangka­n tunggakan bayaran balik cukai yang begitu besar.

“Selepas ini, Kerajaan Pakatan Harapan akan memberikan tumpuan kepada pembentuka­n polisi ekonomi yang membolehka­n Malaysia memacu ke depan dengan merancang pertumbuha­n ekonomi yang mampan, menambah baik kedudukan fiskal negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat demi masa depan anak-anak kita yang penuh dengan harapan,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu, Lim semasa membentang­kan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, mendedahka­n masalah tunggakan bayaran balik cukai input GST berjumlah RM19.397 bilion setakat 31 Mei lalu yang disebabkan oleh kegagalan kerajaan terdahulu memindahka­n wang yang mencukupi kepada tabung amanah untuk bayaran balik GST. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia