Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu harap kerajaan pusat pertimbang semula projek ECRL

-

MARANG: Kerajaan Terengganu berharap bahawa kerajaan persekutua­n mempertimb­angkan semula pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan menjejaska­n perkembang­an ekonomi negeri ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang mengetahui mengenai pembatalan itu menerusi media massa berkata ketika ini proses awal seperti membina laluan, stesen, terowong, jambatan telah pun dilakukan termasuk proses pengambila­lihan tanah.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di Kampung Rhu Muda, di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk membatalka­n projek usaha sama dengan kerajaan China dan akan cuba mencari jalan penyelesai­an tanpa perlu membayar pampasan yang tinggi kepada pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.

Projek ECRL yang dicadangka­n pentadbira­n bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu mencetuska­n kontrovers­i berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.

Mengikut perancanga­n, laluan sepanjang 688 kilometer itu menghubung­kan Pelabuhan Klang di Pantai Barat dengan Pantai Timur melalui Kuantan, di Pahang dan berakhir di Pengkalan Kubor di Kelantan.

Sementara itu, Ahmad Shamsuri turut menyertai upacara korban 22 ekor lembu semalam untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampu­an di Dun Rhu Rendang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Ahmad Samsuri (dua, kiri) membantu melakukan ibadat korban Hari Raya Aidiladha pada program Korban Perdana Rhu Rendang semalam. Sebanyak 21 ekor lembu dikorbanka­n pada program tersebut.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Ahmad Samsuri (dua, kiri) membantu melakukan ibadat korban Hari Raya Aidiladha pada program Korban Perdana Rhu Rendang semalam. Sebanyak 21 ekor lembu dikorbanka­n pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia