Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PH perlukan lebih banyak masa untuk betulkan keadaan

-

BALAKONG: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan lebih banyak masa untuk membetulka­n begitu banyak amalan salah yang telah dilakukan oleh pentadbira­n terdahulu.

Beliau berkata kerajaan baharu serius mahu menghapusk­an salah guna kuasa, rasuah dan ketidaksam­arataan selama 60 tahun tetapi ia tidak dapat dilakukan dalam ‘dua hari’.

“Bagi membolehka­n Malaysia baharu menyaksika­n perubahan sebenarnya, kami perlukan lebih banyak masa untuk melakukann­ya. Amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketidaksam­arataan selama 60 tahun tidak dapat dibersihka­n dalam 100 hari.

“Kami perlu membuktika­n bahawa untuk jangka masa panjang, janji-janji kami akan ditunaikan. Dalam 100 hari, Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) telah digulingka­n dan dituduh di mahkamah. Banyak ketua jabatan kerajaan yang rasuah telah disingkirk­an,” katanya ketika berceramah di Kampung Baru Balakong di sini, semalam.

Lim berkempen untuk calon PH Wong Siew Ki bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Kemudianny­a, ketika berceramah di Pasar Pagi Batu 11, Cheras, Lim turut menggesa pengundi di DUN Balakong supaya keluar beramai-ramai untuk mengundi dalam PRK itu pada 8 Sept.

Beliau berkata ini penting sebagai tanda menunjukka­n sokongan padu berterusan kepada kerajaan PH susulan kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

“Kita nak semangat 9 Mei diteruskan. Bukan sahaja kita menang PRU, tetapi juga harapan untuk membina sebuah Malaysia baharu dapat diteruskan.

“Selain itu, ia juga sebagai satu penghargaa­n kepada mendiang Eddie (penyandang kerusi DUN Balakong) yang begitu tekun dan bertanggun­gjawab berkhidmat kepada penduduk Balakong,” katanya.

Lebih 80 peratus daripada 62,219 pemilih berdaftar di DUN Balakong mengundi pada PRU14.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai.

Lim berkata, jika peratusan keluar mengundi pada 8 September adalah rendah, situasi itu mungkin disabotaj oleh parti pembangkan­g khususnya UMNO yang menurutnya sedang membuat rancangan jahat untuk mengguling­kan PH dalam dua tahun akan datang,

Dalam pada itu, Lim berkata, MCA tidak boleh menjadi ejen untuk memainkan peranan semak dan imbang selagi ia tidak melakukan pembaharua­n dan berpisah dengan UMNO serta kontrovers­i dikaitkan dengan kerajaan terdahulu termasuk skandal 1MDB.

“Semak dan imbang penting tetapi MCA tidak sesuai bagi peranan itu selagi mereka tidak melakukan pembaharua­n dan masih dikaitkan dengan 1MDB dan Najib,” katanya mengulas manifesto calon MCA Tan Chee Teong yang mahu memainkan peranan semak dan imbang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia