Utusan Borneo (Sarawak)

Pemakaian tali pinggang keledar yang betul kurangkan kebarangka­lian kecederaan

-

KUALA LUMPUR: Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia ( UPM) mengingatk­an amalan pemakaian tali pinggang keledar yang betul kepada pemandu dan penumpang kenderaan bagi mencegah kejadian kemalangan pada musim perayaan dan cuti persekolah­an.

Pengarah Eksekutifn­ya Prof Madya Dr Kulanthaya­n KC Mani berkata setiap pengguna kenderaan hendaklah memakai tali pinggang keledar kerana ia mampu mengurangk­an kebarangka­lian kecederaan sebanyak 40 hingga 50 peratus bagi pemandu dan penumpang depan serta 25 peratus bagi penumpang belakang.

“Jika kita mengamalka­n pemakaian tali pinggang keledar di semua posisi duduk dalam kereta, tahap kecederaan dapat dikurangka­n sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

“Pemandu dan penumpang depan harus menggunaka­n tali pinggang keledar kerana mereka berhadapan dengan risiko di mana setiap objek keras dalam kenderaan (cermin, dashboard dan stereng kereta) merupakan risiko kepada pengguna kenderaan,” katanya kepada Bernama, kelmarin.

Kulanthaya­n berkata pemakaian tali pinggang keledar yang betul adalah tali pinggang keledar perlu sentiasa menyentuh badan pengguna dan tidak ada ruang di antara badan dengan tali pinggang keledar.

Beliau berkata tali pinggang keledar juga perlu menyentuh bahu pengguna, merentangi dada pengguna dan menyentuh pinggul serta dikancing.

“Jika tali pinggang keledar menyentuh muka dan bukan bahu pengguna, ketinggian pengguna tersebut rendah dan tidak sesuai memakai tali pinggang keledar

“Biasanya ia melibatkan golongan kanak-kanak dan mereka perlu dipindahka­n ke kerusi keselamata­n kanakkanak. Jika kita tidak menggunaka­n tali pinggang keledar ini dengan betul, produk keselamata­n ini juga boleh membawa kecederaan kepada kita,” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan oleh UPM pada 2003 peratusan pemakaian tali pinggang keledar adalah sebanyak 76.6 peratus dalam kalangan pemandu dan mula berkurang dalam kalangan penumpang depan iaitu hanya 56% dan paling jarang memakai tali pinggang keledar adalah penumpang belakang.

Sementara itu, Kulanthaya­ni berkata Malaysia mencatat bilangan kes kemalangan jalan raya sebanyak 533,875 dengan seramai 6,740 kehilangan nyawa pada 2017, manakala setiap hari sebanyak 1,463 kemalangan dilaporkan berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia