Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat rentung dibunuh sebelum dibakar

-

SITIAWAN: Mayat yang ditemui rentung di Ladang Kelapa Sawit Kampung Baru di sini kelmarin dipercayai mangsa yang dibunuh 48 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat itu baharu dibakar berdasarka­n bahang padanya.

“Siasatan awal unit forensik mendapati mayat itu telah dibunuh dua hari sebelumnya di lokasi lain sebelum dibakar di ladang tersebut berdasarka­n kepada penemuan sehelai tuala penuh dengan darah dan berulat di tempat kejadian.

“Keadaan mayat hangus hampir 85 peratus dari bahagian paras dada ke kaki menyebabka­n identiti mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Muhammad Hanif berkata pihak polis turut menemukan beberapa cebisan kain langsir dan kain lain pada mayat namun tiada sebarang botol petrol atau bahan bakar dijumpai di sekitar mayat.

“Unit anjing pengesan K9 telah dipanggil ke tempat kejadian untuk mengesan jejak dan mencari bukti lain,” katanya.

Menurutnya mayat itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Dalam perkambang­an lain, tiada seorang pun akan lekang daripada menerima pelbagai ujian. Namun, dalam setiap ujian itu pasti ada perkara tersirat yang mampu mengubah seseorang itu menjadi lebih baik, bak kata pepatah ‘di sebalik musibah mendatang, pasti terdapat nur di ujungnya’.

Zaki (bukan nama sebenar), yang disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah lapan tahun lepas, mengakui kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Kajang, banyak mengajarny­a mengenali diri dan tuhan.

Jika sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun yang pernah menggalas jawatan tinggi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan itu lebih banyak menghabisk­an masa dengan kerja hingga kadang-kadang lalai dengan tanggungja­wabnya kepada Tuhan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia