Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara rugi RM30,000 terima ‘panggilan mahkamah’

-

KUANTAN: Panik selepas menerima panggilan daripada ‘Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah’, seorang pesara kerugian RM30,000 akibat terperdaya dengan helah sindiket ‘Macau Scam’ dalam kejadian di Bentong, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan tersebut pada jam 4.30 petang kelmarin yang memaklumka­n namanya telah digunakan untuk membuka sebuah syarikat yang kini berhutang sebanyak RM19,300.

Katanya pemanggil itu mendakwa akaun bank mangsa akan dibekukan namun bersedia membantu mangsa dengan menghubung­kan wanita berkenaan kepada seorang individu.

“Mangsa kemudian ber- cakap dengan seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Sapari yang dikatakan boleh membersihk­an namanya dan seorang wanita kononnya daripada Bank Negara.

“Suspek telah meminta mangsa memberikan butiran peribadiny­a... namun tidak lama kemudian mangsa berasa tidak sedap hati menyebabka­n dia ke bank untuk memeriksa akaunnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa yang mendapati wang simpananny­a berkuranga­n sebanyak RM30,000 kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia