Utusan Borneo (Sarawak)

Terima Anugerah Presiden UEFA 2018 Sebagai menghargai pencapaian dan sumbangan Beckham dalam bola sepak

-

PARIS, Perancis: Bekas kapten bola sepak England, David Beckham, akan menerima Anugerah Presiden UEFA 2018 sebagai menghargai pencapaian beliau dalam sukan bola sepak dan sumbangan b e - liau sejak bersara sebagai pemain, menurut badan induk bola sepak Eropah itu Selasa lepas. Bekas bintang tengah Manchester United dan Real Madrid berusia 34 tahun itu, akan menerima anugerah itu di Monaco lewat tahun ini. “Saya telah memilih David Beckham sebagai penerima anugerah tahun ini kerana beliau merupakan duta yang baik untuk bola sepak dunia, mempromosi­kan sukan dan nilai-nilainya di setiap sudut dunia,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin. “Usaha-usaha kemanusiaa­n tanpa mengenal lelah beliau, yang telah membantu kehidupan ramai kanak-kanak di seluruh dunia, seharusnya diraikan. Beckham adalah ikon sebenar bola sepak dalam generasiny­a.” Beckham memenangi Liga JuaraJuara bersama United pada 1999 dan kemudian bermain untuk kelab Los Angeles Galaxy, AC Milan dan Paris Saint Germain di akhir kariernya selepas meninggalk­an Real Madrid.

Beliau bersara sebagai pemain pada 2013 dan pada awal ini, beliau diberikan satu franchise Liga Bola Sepak Utama ( MLS) di Miami untuk menubuhkan kelab bola sepak.

“Sepanjang karier, saya sentiasa memberikan yang terbaik dan cuba mengekalka­n nilai- nilai kerja berpasukan dan bermain adil. Saya berasa bangga untuk menyertai senarai hebat pemain yang pernah menerima anugerah ini,” kata Beckham, yang terlibat dengan kerja- kerja amal bersama UNICEF, Tabung Kanakkanak untuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Banyak kenangan manis yang saya ada dalam padang untuk pertanding­an Liga Juara-Juara seperti malam hebat di Barcelona 1999 di mana kami menewaskan Bayern Munich pada saat akhir.”

Penerima anugerah tahun lepas adalah bekas bintang bola sepak Itali, Francesco Totti sementara pemenang lain ialah Franz Beckenbaue­r dan Johan Cruyff.

Dalam perkembang­an lain, Ceferin telah dicalonkan untuk pemilihan semula jawatan Presiden UEFA oleh beberapa persekutua­n di Eropah.

Persatuan Bola Sepak Slovenia (NZS), yang pernah dipimpin Ceferin, berkata dalam satu kenyataan di mana sekumpulan persekutua­n bola sepak telah menghantar “cadangan rasmi” untuk menyokong Ceferin, yang menggantik­an Michel Platini sebagai presiden bola sepak Eropah pada 2016.

Selain Slovenia, persekutua­n yang mengumumka­n sokongan mereka ialah Norway, Sweden, Finland, Denmark, Faroe Islands, Iceland, Itali dan Republik Ireland.

Pemilihan akan berlangsun­g pada 7 Februari tahun hadapan di Rom dengan calon lain yang ingin bertanding perlu menghantar pencalonan rasmi sebelum 7 November, selain mendapat sokongan sekurang- kurangnya tiga persekutua­n. — AFP MONTEVIDEO, Uruguay: Badan induk bola sepak dunia ( FIFA), telah mengambil alih pentadbira­n Persatuan Bola Sepak Uruguay ( AUF) selepas badan induk itu diselubung­i masalah ekoran peletakan jawatan secara mengejut presidenny­a, Wilmar Valdez bulan lepas.

Sepucuk surat dari FIFA disiarkan dalam media tempatan berkata AUF telah menubuhkan satu “jawatankua­sa pentadbira­n” bertujuan untuk mengembali­kan kedudukan seperti biasa dalam AUF.

Jawatankua­sa FIFA akan bertanggun­gjawab untuk menguruska­n hal ehwal bola sepak negara itu sehingga 28 Februari 2019 dan akan mengubah perlembaga­an pertubuhan dan mengadakan pilihan raya presiden baharu.

Bola sepak Uruguay berada dalam krisis sejak 30 Julai apabila Valdez, yang menjadi pilihan untuk memenangi penggal baharu pada hari pengundian keesokan harinya, meletak jawatan secara mengejut.

Valdez meletak jawatan selepas muncul rakaman audio misteri sebelum pilihan raya.

Walaupun kandungan rakaman tidak diketahui, media berkata ia mengandung­i komen tentang pentadbir sukan, seorang anggota kerajaan, wartawan sukan dan penyokong.

Salah seorang pencabar Valdez berkata rakaman itu “telah menjejaska­n imej Wilmar”.

Bagaimanap­un, Valdez menafikan rakaman itu adalah punca beliau meletak jawatan.

“Keputusan ini ( meletak jawatan) adalah kerana sebab keluarga dan peribadi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilihan semasa,” kata beliau.

“Saya mahu menegaskan saya tidak berada dalam sebarang tekanan, ancaman atau peras ugut untuk membuat keputusan ini.” — AFP

Saya telah memilih David Beckham sebagai penerima anugerah tahun ini kerana beliau merupakan duta yang baik untuk bola sepak dunia, mempromosi­kan sukan dan nilai-nilainya di setiap sudut dunia. Aleksander Ceferin Presiden UEFA

 ??  ?? BECKHAM
BECKHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia