Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan antarabang­sa Messi menjadi persoalan

-

BUENOS AIRES, Argentina: Jurulatih sementara Argentina, Lionel Scaloni enggan mengulas tentang masa depan antarabang­sa Lionel Messi selepas tidak menyenarai­kan bintang bola sepak dunia itu dalam skuadnya untuk perlawanan persahabat­an pada bulan hadapan.

Media tempatan sebelum ini mendakwa pemain kelab Barcelona itu minta dikecualik­an dari baki empat perlawanan persahabat­an Argentina tahun ini, bermula dengan kunjungan ke Amerika Syarikat (AS) untuk menentang Guatemala dan Colombia.

“Saya sudah bercakap dengan Messi dan dari perbualan itu, saya memilih skuad,” kata Scaloni, yang mengambil alih tugas sementara dari Jorge Sampaoli, yang dipecat selepas kempen hambar Argentina di Piala Dunia 2018 di mana mereka tewas di pusingan kedua kepada Perancis.

“Kami tidak bercakap tentang apa yang boleh berlaku di masa hadapan. Kami tahu apa yang Messi untuk kami dan kita akan lihat di masa hadapan.”

Messi, 31, pernah mengumumka­n bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Argentina tewas kepada Chile di final Copa Amerika untuk tahun kedua berturut-turut pada 2016.

Namun persaraan itu hanya bertahan lebih semula sebelum Messi kembali membantu Argentina layak ke Piala Dunia 2018.

Beliau bagaimanap­un gagal menyerlah di Piala Dunia dan tidak bercakap secara terbuka sejak Argentina menewaskan Nigeria 2-1 di pusingan pertama untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua.

Messi bukan satu- satu bintang Argentina yang tidak disenaraik­an Scaloni dengan penyerang Sergio Aguero, Gonzalo Higuain dan pemain sayap, Angel Di Maria juga tidak dipanggil.

“Tiada pemain memberitah­u saya mereka tidak mahu dipanggil,” kata Scaloni.

“Ia jelas di mana kami harus menyenarai­kan pemain baharu untuk mencari pengalaman.

“Ia adalah masa untuk melakukan perubahan. Kami yakin ia adalah masa yang sesuai untuk memanggil semua pemain dengan potensi.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia