Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Swee enggan ‘diangkat’ atas persembaha­n skuad B-23 Malaysia dalam Sukan Asia 2018

-

JAKARTA: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee enggan ‘diangkat’ terlalu tinggi atas persembaha­n terpuji ditonjolka­n Malaysia sepanjang mengharung­i saingan bola sepak pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Sebaliknya, beliau berkata pencapaian membanggak­an anak buahnya itu yang meraih dua kemenangan termasuk mengejutka­n gergasi Asia yang juga juara bertahan, Korea Selatan 2-1 untuk mengunggul­i saingan Kumpulan E adalah kerana hasil usaha keras para pemain.

“Saya tak ingin menyentuh tentang sejauh mana tahap yang saya boleh capai...yang penting ialah pasukan ini. Saya mahu mereka terus menumpukan perhatian pada perlawanan yang akan datang dan apa jua keputusan sama ada positif atau negatif, ia terpulang kepada seluruh pasukan.

“Sekiranya mereka berjaya mara ke peringkat lebih tinggi, bukan saya yang mencipta sejarah tetapi pemain-pemain ini,” katanya ketika ditemui media Malaysia pada sesi latihan rasmi skuad negara di sini.

Malaysia akan berdepan Jepun yang menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara di belakang finalis Kejuaraan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, Vietnam pada aksi pusingan kedua di Stadium Pakansari, Jumaat ini.

Pada masa sama, Kim Swee berharap pencapaian tersebut

Sekiranya mereka berjaya mara ke peringkat lebih tinggi, bukan saya yang mencipta sejarah tetapi pemain-pemain ini. Datuk Ong Kim Swee Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Malaysia

dapat membuka mata semua peminat bola sepak tanah air untuk terus memberikan sokongan kepada skuad negara selain menjadi inspirasi kepada semua pasukan muda negara termasuk skuad Bawah 19 Tahun (B-19) dan Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan.

Katanya tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya sesebuah pasukan itu bersedia memberikan sepenuh tumpuan dan kesungguha­n.

“Kita buatkan peminat di tanah air dan rakyat Malaysia percaya… percaya yang kita boleh buat dengan betul dan percaya kita boleh tumbangkan gergasi.

“Keputusan dengan Korea Selatan menunjukka­n kita boleh capai apa yang kita mahu. Ia tidak mustahil… bukan sahaja bagi kami tetapi juga B-19 dan B-16 untuk mencapai objektif sama.

“Namun, paling penting kita tidak perlu beri terlalu banyak tekanan kepada anak-anak muda ini sebaliknya beri motivasi kepada mereka – kita perlu bentuk mereka, itu yang paling penting,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BERI GALAKAN: Kim Swee ketika sesi latihan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno, semalam.
BERI GALAKAN: Kim Swee ketika sesi latihan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Dr Cheema menyaksika­n acara menembak pada temasya Sukan Asia ke-18 di Kompleks Sukan Menembak Jakabaring.
— Gambar Bernama TERBAIK: Dr Cheema menyaksika­n acara menembak pada temasya Sukan Asia ke-18 di Kompleks Sukan Menembak Jakabaring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia