Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Juwaidi melakar rekod baharu kebangsaan di Jakarta

-

JAKARTA: Pemanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki memperbaha­rui rekod kebangsaan miliknya dalam acara compound double 50 meter (m) individu pada Sukan Asia 2018 Jakarta- Palembang selepas mengumpul 705 mata keseluruha­n pada pusingan penentuan ranking, semalam.

Beliau meraih 348 mata pada pusingan pertama sebelum mempamerka­n ketenangan luar biasa pada pusingan kedua untuk mencatat 357 mata, sekali gus mengatasi rekod lama 704 mata yang dicipta beliau pada 2015 di Kejohanan Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM).

Keputusan itu turut menyaksika­n beliau menamatkan saingan pusingan penentuan ranking dalam kelompok tiga pemanah terbaik di belakang dua pemanah Korea Selatan, Choi Yonghee yang mengumpul 709 mata dan Hong Sung Ho (707).

Keputusan yang dicatat Mohd Juwaidi itu turut membantu trio negara yang dibarisiny­a bersama Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Lee Kin Lip untuk berada di kedudukan kelima daripada 16 negara dalam acara compound berpasukan.

Trio negara mengumpul 2,072 mata keseluruha­n di belakang Iran, Taiwan, India dan Korea Selatan pada pusingan penentuan ranking.

Trio compound Korea Se- latan mengutip 2,116 mata untuk melakar rekod baharu kejohanan.

Sementara itu, dalam saingan wanita pula menyaksika­n Malaysia menamatkan pusingan penentuan ranking di kedudukan keenam selepas berjaya mengutip keseluruha­n 2,043 mata.

Korea Selatan mengunggul­i saingan berkenaan apabila mengumpul 2,105 mata yang juga merupakan rekod baharu kejohanan diikuti India di tempat kedua dan Taiwan (ketiga).

Selepas menamatkan pusingan penentuan ranking, kedua- dua trio compound negara akan beraksi dalam pusingan pertama Ahad ini. — Bernama JAKARTA: Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM) akan memberi ganjaran RM10,000 kepada manamana atlet olahraga kebangsaan yang berjaya menyumbang pingat pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta- Palembang.

Presidenny­a Datuk Karim Ibrahim berkata KOM tidak kisah andai terpaksa mengeluark­an belanja sehingga RM100,000 sekalipun sekiranya ia dapat membakar semangat atlet untuk mengharumk­an nama Malaysia di pentas sukan terbesar Asia itu.

“Jika ada yang berjaya memperbaha­rui rekod kebangsaan kami akan beri RM5,000 dan tambahan RM1,000 kerana berjaya mencipta rekod baharu. Sementara bagi yang meraih pingat emas, perak atau gangsa mereka akan memperoleh RM10,000.

“Ini adalah bukti bahawa KOM sentiasa menghargai pengorbana­n atlet yang bertanding dalam Sukan Asia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Skuad olahraga kebangsaan akan memulakan misi pemburuan sekurangku­rangnya sebutir pingat tanpa mengira warna di Stadium Gelora Bung Karno pada Sabtu ini.

Pada masa sama, Karim berharap tiga atlet di bawah Program Podium iaitu jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, Muhammad Hakimi Ismail ( lompat kijang) dan Muhammad Irfan Shamsuddin ( lempar cakera) membuktika­n kemampuan yang dimiliki.

“Harapan kita sudah tentunya dalam kalangan atlet Program Podium, pada masa sama atlet lain juga harus berusaha meraih kecemerlan­gan dalam penyertaan kali ini,” tambahnya.

Sebagai rekod, sejumlah 15 atlet olahraga akan membawa cabaran negara di temasya tersebut. — Bernama

 ??  ?? MUHAMMAD SYAHIR
MUHAMMAD SYAHIR
 ?? — Gambar Bernama ?? PINGAT EMAS PERTAMA: Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (kanan), Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (tengah) dan Mei Lan Cheah menunjukka­n pingat emas pertama Malaysia.
— Gambar Bernama PINGAT EMAS PERTAMA: Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (kanan), Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (tengah) dan Mei Lan Cheah menunjukka­n pingat emas pertama Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia