Utusan Borneo (Sarawak)

Syahir akui fokus terganggu kerana keputusan pengadil

-

PALEMBANG: Tekong utama negara, Muhammad Syahir Mohd Rosdi mengakui fokusnya terganggu selepas pengadil perlawanan tidak membenarka­n pasukan negara melakukan semakan video atau ‘ challenge’ walaupun berhak melakukann­ya dalam perlawanan akhir sepak takraw acara regu berpasukan lelaki antara Malaysia danThailan­d.

Ketika kedudukan Thailand mendahului 20-19 pada set pertama, pasukan Malaysia yang diketuai Muhammad Syahir membantah keputusan pengadil apabila mendakwa libasan yang dilakukan perejam negara, Mohammad Azlan Alias terkena tangan tekong Thailand, Sakha Siriwat.

Namun pengadil dari Laos, Peune Inthanor tidak membenarka­n bantahan Malaysia untuk melihat semakan video sekali gus memberikan mata buat Thailand memenangi set pertama 21-19.

Menurut Syahir, beliau kurang berpuas hati dengan pengadilan pada perlawanan berkenaan yang menyaksika­n skuad sepak takraw negara kempunan meraih pingat emas sulung negara pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

“Saya kurang berpuas hati dari segi pengadilan pada kali ini kerana walaupun pengadil nampak sudah terkena tangan tetapi masih dianggap tidak batal.

“Pada set kedua, trio Thailand menggunaka­n kesempatan dengan sebaiknya apabila mereka dilihat bertambah yakin, sebaliknya bagi kami yang terganggu kerana keputusan itu seperti terus hilang rentak,” katanya kepada BERNAMA selepas perlawanan.

Walaupun tewas di perlawanan akhir itu, skuad sepak takraw kebangsaan menyumbang pingat perak pertama untuk kontinjen negara pada temasya Sukan Asia kali ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Abdul Talib Ahmad bersyukur dan tetap berpuas hati dengan persembaha­n yang dipamerkan anak buahnya secara keseluruha­n dalam acara berkenaan.

“Kalau diikutkan dari segi pencapaian, temasya kali ini lebih baik dari Incheon (edisi Sukan Asia 2014), pemain keseluruha­nnya pun menunjukka­n prestasi membanggak­andansayat­engok mereka lebih bersemanga­t ketika beraksi dan banyak peningkata­n.

Skuad sepak takraw negara sebenarnya masih mempunyai satu lagi acara yang boleh menghadirk­an pingat emas buat kontinjen negara apabila turun dalam acara antara regu yang menjadi sasaran Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) untuk membawa pulang kilauan emas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia