Utusan Borneo (Sarawak)

MSN tidak bimbang prestasi semasa atlet negara pada Sukan Asia 2018

-

JAKARTA: Majlis Sukan Negara (MSN) tidak begitu bimbang dengan prestasi hambar ditampilka­n atlet negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berlangsun­g di Indonesia, ketika ini.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata walaupun skuad wusyu menamatkan saingan tanpa sebarang pingat semalam, beliau yakin beberapa sukan lain mampu menghadirk­an kilauan pingat untuk kontinjen negara pada edisi ke-18 Sukan Asia.

Malaysia sekadar meraih satu pingat gangsa setakat ini menerusi atlet taekwando negara, Yap Khim Wen dalam acara Poomsae individu wanita, 19 Ogos lepas.

“Secara keseluruha­nnya, kita agak runsing dengan beberapa prestasi sukan yang bukan disasarkan pingat emas seperti sukan wusyu yang sebenarnya disasarkan meraih satu perak dan dua gangsa, tetapi malangnya, mereka gagal menyumbang sebarang pingat.

“Walaupun kita agak risau namun momentum atlet negara berada pada landasan yang betul seperti sukan sepak takraw dan bola sepak memberi kita sedikit keyakinan bahawa Insya-Allah, atlet akan melakukan yang terbaik untuk negara,” katanya.

Ahmad Shapawi berkata demikian ketika ditemui BERNAMA pada majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Kedutaan Besar Malaysia di sini, se- malam.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi menjelaska­n kontinjen negara mampu meraih pingat emas dalam beberapa acara seperti berbasikal trek, tenping boling dan karate sekiranya ia dipertandi­ngkan lebih awal pada saingan Sukan Asia kali ini.

“Kalau acara-acara seperti ini diadakan lebih lambat, maka kita harus menunggu, jadi sebaiknya kita tunggu acara ini dipertandi­ngkan terlebih dahulu dan kita terus doakan agar atlet-atlet kita akan sentiasa sihat dan memberi persembaha­n terbaik dalam acara masingmasi­ng,” kata beliau.

Sebagai rekod, Malaysia meletakkan sasaran tujuh pingat emas pada saingan Sukan Asia kali ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia