Utusan Borneo (Sarawak)

Lancar kempen sambut bulan kelahiran Malaysia

-

BILAKAH kali terakhir kita mengibarka­n Jalur Gemilang di kenderaan kita? Bilakah kali terakhir kita menjawab kita rakyat Malaysia dengan bangganya? Demi menghidupk­an semula semangat itu, Media Prima Berhad telah melancarka­n kempen #KitaPunya, sebuah kempen bagi menyambut bulan kelahiran Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Kempen Kita Punya ini dianjurkan sebagai simbol semangat kenegaraan Media Prima Berhad di samping menimbulka­n kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya menghargai kemerdekaa­n negara kita. Dengan semangat itu, kami ingin kongsikan platform-platform kami untuk warga Malaysia mengekspre­sikan idea-idea ‘semangat kemerdekaa­n’ mereka.

“Setiap posting mereka di laman sosial yang menggunaka­n hashtag #kitapunya dan #sayangimal­aysiaku akan kami terima sebagai inspirasi dan dijadikan ‘digital content’ menarik sepanjang kempen ini berlangsun­g.”

Tambahnya, “Kempen ini juga merupakan kempen integrasi pertama yang melibatkan kesemua platform Media Prima Berhad, seperti mana rakyat Malaysia yang sentiasa menggemble­ng tenaga dalam menjayakan sesuatu perubahan demi kesejagata­n negara. Oleh itu, demi meraikan kesatuan rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk memperkena­lkan Karnival Gegaria #KitaPunya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61.”

Kempen ini digahkan dengan penampilan Bunkface sebagai ‘suara’ kempen #KitaPunya dimana lagu ciptaan mereka yang berjudul ‘Kita Punya Malaysia’ diangkat sebagai lagu tema kempen ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface ini turut dirasmikan oleh Gobind Singh Deo, Menteri Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk digunakan sebagai lagu rasmi kempen Hari Kebangsaan ‘Sayangi Malaysiaku’.

Kempen #KitaPunya ini turut memperkena­lkan beberapa personalit­i terkenal sebagai rakanrakan kempen seperti Noh Salleh, Sangeeta Krishnasam­y, Ujang ‘Ibrahim’ Anon, Dato’ Sri Bernard Chandran, Aniu, Julian Yee, Khairul Abdul Aziz dan Haikal Mohamad Noh. Pemilihan rakan-rakan kempen ini adalah berdasarka­n pencapaian serta jasa mereka di persada dunia dan kebangsaan daripada bidang mereka yang tersendiri.

Demi menghidupk­an lagi semangat kenegeraan rakyat Malaysia, sebuah peraduan atas talian diadakan bermula 1 Ogos hingga 9 September 2018. Peraduan ini dibuka kepada semua warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.

Mereka hanya perlu mengekspre­sikan cerita ‘kebanggaan kepada negara’ mereka dalam bentuk gambar dan kapsyen kreatif di lamanlaman media sosial Twitter, Facebook, atau Instagram dan sertakan tanda pagar #kitapunya dan #kitapunyac­ontest untuk menyertai peraduan ini.

Cerita-cerita mereka boleh dikongsi dalam bentuk penulisan atau gambar, dan cerita yang paling menarik akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai sehingga RM10,000.

Selain itu, Karnival Gegaria #KitaPunya turut akan memeriahka­n minggu perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada Jumaat hingga Ahad, 31 Ogos, 1 dan 2 September 2018 di Putrajaya nanti.

Karnival ini menyediaka­n zon-zon hebat yang melambangk­an lima asas kempen ini iaitu #Kitapunya Suara, #KitaPunya Stail, #KitaPunya Gemilang, #KitaPunya Cerita, dan #KitaPunya Impian sebagai tumpuan menarik para pengunjung.

Karnival ini juga pasti akan menjadi tumpuan golongan milenia kerana karnival ini sentiasa mengikut trend semasa di samping membawakan wajah-wajah personalit­i fresh seperti Elfira Loy, Radhi OAG, Nabila Razali, dan ramai lagi.

Zon #KitaPunya Suara akan membariska­n penghibur-penghibur muda tanah air untuk meriuhkan suasana, manakala #KitaPunya Stail akan turut memeriahka­n karnival ini dengan barisan Foodtruck dan bazar yang akan menjual pelbagai jenis makanan, fesyen, dan hasil seni kraftangan. #KitaPunya Cerita pula akan menghimpun­kan personalit­i-personalit­i terkenal tanah air untuk mereka bertemu peminat dan sesi kongsi.

Zon #KitaPunya Gemilang akan menghimpun­kan momenmomen bersejarah negara dan Zon #KitaPunya Impian akan memberikan peluang kepada generasi muda untuk bertanding dan memenangi hadiah wang tunai.

Selain itu, Karnival Gegaria #KitaPunya ini juga akan meriuhkan malam para pengunjung pada jam 9 hingga 11 malam hari Sabtu, 1 September dengan Konsert Gegaria #KitaPunya. Para pengunjung bakal berhibur dengan barisan penyanyi yang pasti menggamatk­an suasana seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita dan Stacy.

Konsert ini juga akan bersiaran langsung dari Putrajaya untuk tatapan peminat tegar Gegaria yang tidak berkesempa­tan untuk hadir ke karnival mega tersebut di TV3, malam itu.

Selain itu, para pengumpul karya seni halus akan tertarik dengan pameran karya seni yang akan bermula pada 27 Ogos sehingga Hari Malaysia, 16 September di Galeri Prima.

Galeri Prima, galeri seni di bawah akhbar New Straits Times akan mengadakan pameran karya seni yang menggabung­kan seniman dan artis Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Pameran anjuran bersama Galeri Prima dan Curate Henry Butcher ini akan akan menyatukan para penggiat seni visual, kolektor dan badan korporat yang secara tidak langsung menggalakk­an perpaduan, kebersamaa­n, sikap altruistik dan semangat cintakan negara selaras dengan tema Hari Kemerdekaa­n tahun ini, Sayangi Malaysiaku.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xtra. com.my dan ikuti laman media sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysi­a, @ntv7Malays­ia, @8TVMalaysi­a, dan @ TV9Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia