Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala krisis kepimpinan dalam politik Australia meruncing 10 menteri tawar letak jawatan

-

SYDNEY: Sekurangku­rangnya 10 menteri telah menawarkan peletakan jawatan mereka manakala krisis kepimpinan dalam politik Australia meruncing semalam, dan satu lagi cabaran kepada Perdana Menteri Malcolm Turnbull dijangka tidak dapat dielakkan.

Pemimpin yang tertekan itu berjaya mengatasi dengan tipis satu langkah untuk mengguling­kannya oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang populis Peter Dutton kelmarin apabila undian dalam Parti Liberal memberikan keputusan 48-35 yang memihak kepadanya.

Ia mencapai kemuncak selepas tinjauan pendapat yang buruk selama berbulan-bulan serta pemberonta­kan oleh ahli politik lain dalam Parti Liberal pada Isnin lepas yang menentang rancangann­ya untuk memasukkan sasaran pengeluara­n karbon ke dalam undang-undang pada waktu harga elektrik melambung tinggi.

Walaupun Turnbull menang, ia mendedahka­n bahawa puluhan ahli parlimenny­a sendiri tidak mahu beliau menjadi pemimpin mereka, dan Dutton membuat panggilan telefon dan berucap di corong radio semalam untuk mendapatka­n lebih banyak sokongan bagi satu lagi cubaan yang dijangka ramai untuk merampas jawatan tertinggi.

Dutton meletak jawatan dari kabinet selepas cubaannya yang gagal untuk menjadi pemimpin, dan sekurangku­rangnya sembilan menteri lain turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, menurut satu kiraan oleh badan penyiaran ABC dan Sky News.

Mereka termasuk menteri kesihatan dan menteri perdaganga­n, kedua- duanya ahli-ahli yang duduk di bangku depan.

Turnbull setakat ini sudah menerima dua peletakan jawatan – Dutton dan Menteri Pembanguna­n Antarabang­sa Concetta Fierravant­i-Wells – dan menegaskan semalam menteri lain sejak itu “sudah memberikan kepada saya jaminan yang jelas bagi kesetiaan dan sokongan berterusan”.

Namun didorong oleh sokongan kepadanya, Dutton, yang dilihat sebagai seorang ahli konservati­f yang lebih berpendiri­an keras berbanding Turnbull yang sederhana, berusaha untuk melembutka­n persepsi mengenai imej lelaki lasak yang diperolehi ketika menjadi menteri hal ehwal dalam negeri dan imigresen, dalam temu ramah media di mana beliau menggarisk­an agenda dasarnya.

Bekas pegawai polis itu, yang mengakui beliau jarang sekali senyum, tidak merahsiaka­n hasrat masih mahu mentadbir negara.

“Saya bercakap kepada rakan-rakan, saya tidak akan berselindu­ng mengenai perkara itu, kawan,” katanya kepada stesen radio komersil 3AW untuk sekali lagi cuba menyingkir­kan Turnbull.

“Itu bersikap sangat jujur dan berterus-terang dengan anda dan itulah cara saya melihatnya.”

Beliau menambah beliau berpendapa­t beliau dapat memenangi pilihan raya – yang dijadual diadakan pada pertengaha­n tahun depan – sebagai pemimpin menentang ketua pembangkan­g Buruh Bill Shorten.

“Saya tidak akan bertanding untuk jawatan kepimpinan jika saya tidak percaya bahawa saya tidak dapat menewaskan Bill Shorten,” ujar pemimpin berusia 47 tahun itu.

Jika beliau menjadi perdana menteri, Dutton berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha menurunkan harga elektrik, mengurangk­an imigresen untuk meredakan tekanan populasi dan merangsang pelaburan air untuk membantu petani yang mengalami kemarau.

Beberapa saluran media meramalkan satu lagi cabaran seawal minggu ini tetapi penyokong Dutton membayangk­an ia kemungkina­n besar pada bulan depan selepas parlimen kembali dari waktu rehat.

Turnbull bersemuka dengan media di sisi Bendahara Scott Morrison dan Menteri Kewangan Mathias Cormann, rakan karib Dutton, dan kedua-duanya menjanjika­n kesetiaan mereka.

Ditanya sama ada beliau menjangkak­an satu lagi cabaran kepada kepimpinan­nya pada minggu ini, Turnbull, yang telah merayu bagi perpaduan parti, menjawab: “Tidak.”

“Hukum besi kira- kira mengesahka­n kepimpinan saya dalam Parti Liberal,” ujarnya.

Memburukka­n lagi perkara adalah laporan bahawa sekurang- kurangnya tiga MP Nasional – yang menganggot­ai perikatan dengan ahli Liberal – tidak lagi menjamin untuk mengundi dengan kerajaan jika Dutton merampas kuasa.

Memandangk­an kerajaan hanya memiliki majoriti parlimen tipis iaitu satu kerusi, ini boleh mencetuska­n pilihan raya awal. — AFP

 ?? — Gambar Mark Graham/AFP ?? LETAK JAWATAN: Dutton (belakang kiri) ketika menghadiri persidanga­n di Dewan Perwakilan di Rumah Parlimen Canberra, Australia semalam.
— Gambar Mark Graham/AFP LETAK JAWATAN: Dutton (belakang kiri) ketika menghadiri persidanga­n di Dewan Perwakilan di Rumah Parlimen Canberra, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia