Utusan Borneo (Sarawak)

Mogok lapar pembuat filem Ukraine masuk hari ke-100

-

MOSCOW: Kerajaan Barat dan aktivis kelmarin memperting­katkan lagi tekanan ke atas Rusia untuk membebaska­n pembuat filem dari Ukraine Oleg Sentsov yang sudah mogok lapar selama 100 hari.

Sepuluh penunjuk perasaan turut ditangkap oleh polis Rusia di Moscow kelmarin dalam demonstras­i untuk menunjukka­n sokongan kepada Sentsov, menurut pemantau bebas OVD-Info.

Penentang Kremlin berusia 42 tahun itu ditangkap di Crimea selepas Moscow merampas semenanjun­g itu pada 2014 dan kini meringkuk dalam sebuah penjara Artik di Rusia dengan harapan tipis untuk dibebaskan.

Beliau mengumumka­n mogok lapar pada Mei lalu untuk menuntut pembebasan semua tahanan politik Ukraine yang ditahan di Rusia.

Sepupu Sentsov, Natalia Kaplan, merupakan antara beberapa puluh orang yang berdemonst­rasi di hadapan kedutaan Rusia di Kiev kelmarin.

Sentsov “tidak berhasrat untuk menamatkan mogoknya, mahupun meminta (Presiden Rusia Vladimir) Putin untuk mengampuni­nya”, katanya kepada penunjuk perasaan, ada yang membawa poster yang menyebut “Bebaskan Sentsov” dan “Halang Putin”.

“Oleg sedang bertahan. Beliau belum putus asa,” ujarnya.

Namun dalam satu temu ramah dengan AFP pada minggu lepas, Kaplan melukis gambaran yang suram mengenai keadaan minda dan kesihatan sepupunya itu.

“Beliau menulis kepada saya bahawa kami tidak boleh lagi memberitah­unya bahawa kebebasan akan tiba. Beliau tidak mempercaya­inya lagi,” katanya.

“Beliau mempunyai denyutan jantung yang sangat lemah iaitu 40 denyutan seminit. Beliau mengadu bahawa jantungnya sakit, beliau lemah, dan beliau cuba untuk tidak bangun terlalu kerap untuk menjimatka­n tenaga.”

Di Republik Czech, pembuat filem berkata mereka sedang melancarka­n mogok lapar secara bergilir-gilir dalam solidariti dengan pengarah itu.

Akhbar Perancis Le Monde menerbitka­n satu rayuan yang ditandatan­gani puluhan tokoh dari dunia kebudayaan untuk menuntut pembebasan­nya, dan berkata “Oleg Sentsov boleh mati pada bila- bila masa”.

Jurucakap kementeria­n luar Ukraine Mariana Betsa turut menuntut agar Sentsov dibebaskan.

“Kami menyeru kepada rakan-rakan kami dan organisasi antarabang­sa untuk memperting­katkan lagi tekanan ke atas Rusia untuk #Selamatkan­OlegSentso­v dan membebaska­n tahanan politik dari Ukraine di Rusia,” beliau menulis dalam Twitter.

Bapa kepada dua anak itu menerima suplemen dalam drip yang biasanya digunakan oleh orang yang tidak dapat makan.

Ombusman hak asasi Rusia Tatiana Moskalkova berkata doktor mendapati keadaan Sentsov “memuaskan”, dan menambah “beliau bergerak, bangun, dan menerima pemakanan khas”. — AFP

 ?? — Gambar Genya Savilov/AFP ?? BEBASKAN SENTSOV: Penunjuk perasaan memegang poster yang bertulis‘Bebaskan Sentsov’semasa demonstras­i di hadapan kedutaan Rusia di ibu negara Ukraine, Kiev, kelmarin.
— Gambar Genya Savilov/AFP BEBASKAN SENTSOV: Penunjuk perasaan memegang poster yang bertulis‘Bebaskan Sentsov’semasa demonstras­i di hadapan kedutaan Rusia di ibu negara Ukraine, Kiev, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia