Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi bantuan bergegas bantu mangsa gempa bumi di Lombok

-

SUGIAN: Pegawai kerajaan dan agensi bantuan Indonesia kelmarin bergegas untuk membantu mangsa selamat selepas satu lagi siri gempa kuat menggegark­an Pulau Lombok, dan membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dengan ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh bencana demi bencana di sana.

Pulau indah yang terletak tidak jauh dari destinasi percutian Bali itu mengalami dua gempa berbahaya pada 29 Julai dan 5 Ogos lalu.

Pada Ahad lepas, ia digegarkan sekali lagi oleh beberapa gegaran baharu dan gegaran susulan, dengan gegaran paling kuat berukuran 6.9 magnitud.

Sekurang- kurangnya 13 orang maut Ahad lepas, kebanyakan­nya disebabkan oleh puing yang terjatuh, menurut agensi bencana negara.

Rakaman dron dari perkampung­an Sugian, di bahagian timur Lombok yang teruk terjejas, menunjukka­n jalan yang diliputi runtuhan, bumbung yang roboh dan sebuah masjid yang ranap.

Organisasi bantuan berikrar untuk meningkatk­an bantuan kemanusiaa­n di pulau itu manakala penduduk yang kecewa bergelut di kem penempatan sementara.

“Kami fokus kepada perkara asas, menyediaka­n bahan perlindung­an – kain tarpal, alat perlindung­an, alat kebersihan,” kata Tom Howells dari kumpulan ‘ Save the Children’.

“Kami sudah menghantar cukup bagi kira-kira 20,000 orang sejak dua minggu lepas,” katanya kepada AFP.

Agensi bencana Indonesia berkata ia turut mempercepa­tkan usaha untuk membina semula rumah, hospital dan sekolah yang rosak.

Bagaimanap­un agensi bantuan risau bahawa akses kepada makanan, tempat perlindung­an dan air besih tidak memadai bagi sebahagian daripada lebih 430,000 orang yang tidak ada tempat tinggal disebabkan oleh bencana itu.

“Kerosakan telah berlaku kepada infrastruk­tur air yang sudah pun agak buruk di Lombok disebabkan oleh kekurangan bekalan di lapangan dan keadaan kemarau,” kata Howells.

Puluhan ribu rumah, masjid dan premis perniagaan di Lombok sudah musnah akibat gempa bumi dengan magnitud 6.9 pada 5 Ogos lalu yang mengorbank­an sekurangku­rangnya 481 orang.

Seminggu sebelum gempa itu, gegaran melanda pulau itu dan membunuh 17 orang.

Kebanyakan orang yang terperangk­ap dalam gegaran terbaharu berada di luar rumah mereka atau di tempat perlindung­an ketika ia berlaku dan ini telah meminimumk­an jumlah kematian, kata pihak berkuasa.

Kos pembinaan semula dianggarka­n mencecah tujuh trilion rupiah (RM1.8 bilion).

Bagaimanap­un agensi bencana kelmarin berkata gempa bumi itu tidak akan dilabel sebagai darurat kebangsaan, yang akan membuka tabung bantuan bencana kerajaan pusat sebanyak empat trilion rupiah.

Sementara idea itu semakin menarik sokongan daripada beberapa pihak, jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho berkata ia akan “menunjukka­n kelemahan” daripada sebuah negara yang kerap mengalami bencana alam.

“Kami mahu menunjukka­n kepada dunia bahawa kami berupaya untuk menangani gempa bumi – kami kuat dalam usaha menangani bencana,” katanya kepada pemberita di Jakarta. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia