Utusan Borneo (Sarawak)

Armada kapal Jepun tangkap 177 ikan paus

-

TOKYO: Armada kapal pemburu ikan paus Jepun menangkap 177 ikan paus minke dan sei dalam jelajah selama tiba bulan ke bahagian barat laut Lautan Pasifik, kata kerajaan semalam.

Misi tiga kapal itu pulang ke tanah air ketika Tokyo bersiap sedia untuk mengemukak­an hujah bagi menyambung pemburuan ikan paus secara komersil di satu mesyuarat Suruhanjay­a Pemburuan Ikan Paus Antarabang­sa (IWC) di Brazil pada bulan depan.

Dalam misi terbaharu selama 98 hari, kapal-kapal terbabit menangkap 43 ikan paus minke dan 134 ikan paus sei, Agensi Perikatan menyebut dalam satu kenyataan.

Tekanan asing ke atas Jepun untuk menamatkan pemburuan ikan paus hanya membuat golongan konservati­f dan ahli politik lebih tegas lagi mahu meneruskan kempen mereka bagi menyambung pemburuan ikan paus secara komersil.

Ia merupakan satu isu berduri yang unik dalam diplomasi Tokyo yang biasanya ramah.

“Data yang dikumpul dalam misi ini akan dianalisa, selain hasil daripada program penyelidik­an tepi pantai,” kata agensi berkenaan.

Data itu “akan dikemukaka­n kepada jawatankua­sa saintifik IWC, dan akan memperting­katkan lagi pengetahua­n saintifik untuk memelihara dan mengurus sumber setasea”.

Misi terbaharu merupakan sebahagian daripada projek selama 12 tahun untuk mengkaji jumlah, corak makan, dan biologi ikan paus yang Jepun mahu kaji bagi menyokong dakwaannya bahawa ikan paus tertentu tidak diancam kepupusan dan boleh ditangkap untuk dimakan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia