Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri New Zealand berbasikal ke hospital melahirkan bayi lelaki

-

WELLINGTON: Seorang menteri kerajaan New Zealand yang menjadi bahan berita utama dunia apabila beliau berbasikal ke hospital menjelang kelahiran anak pertamanya, telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, kata pejabatnya semalam.

Menteri Wanita Julie Anne Genter, seorang ahli parlimen (MP) Parti Hijau yang begitu suka berbasikal, memilih kuasa kayuh untuk melakukan perjalanan sejauh satu kilometer pada Ahad lepas dari rumahnya ke Hospital Auckland City untuk melahirkan bayinya.

Tindakanny­a, yang digelar “perkara paling mengagumka­n dalam sejarah” oleh rakan- rakan, dipaparkan dalam saluran media di seluruh dunia dan menarik reaksi yang teruja dalam talian.

“WHAT A BABE” (Wanita yang begitu hebat) tweet bintang Hollywood, Kristin Bell, manakala orang lain menggambar­kannya sebagai “seorang wanita yang lasak”.

Genter, yang mengandung 42 minggu, berkata keretanya terlalu kecil untuk menampung “kru sokongan” dan mengayuh basikal “meletakkan saya dalam mood yang sebaik mungkin”.

Selepas kelahiran dipercepat­kan, beliau melahirkan kandungan lewat kelmarin.

“Kami begitu gembira untuk mengumumka­n ketibaan anak lelaki kami dengan selamat pada jam 6.03 petang tadi, dengan berat hampir 4.3 kilogram,” katanya dalam media sosial.

“Kami menunggu dengan begitu lama sekali untuk persalinan bermula, tetapi apabila ia berlaku, ia sekejap dan tajam.”

Genter merancang untuk cuti selama tiga bulan selepas bersalin.

Perdana Menteri Jacinda Ardern, yang kembali pada bulan ini daripada cuti bersalin selama enam minggu selepas melahirkan anak perempuann­ya Neve, mengucapka­n tahniah kepada rakannya.

“Begitu gembira untuk mendengar ketibaan selamat tambahan terbaharu kepada kumpulan permainan parlimen. Harap anda seronok menikmati tempoh beberapa hari pertama yang sangat istimewa itu,” katanya dalam Twitter.

Ardern, yang dipilih pada tahun lepas, menjadi pemimpin dunia kedua dalam sejarah yang melahirkan bayi ketika memegang kuasa selepas Benazir Bhutto di Pakistan pada 1990. — AFP

 ?? — Gambar Julie Anne Genter/AFP ?? WANITA LASAK: Genter dan suaminya Peter Nunns bergambar bersama bayi lelaki mereka yang baharu lahir di Hospital Auckland City semalam.
— Gambar Julie Anne Genter/AFP WANITA LASAK: Genter dan suaminya Peter Nunns bergambar bersama bayi lelaki mereka yang baharu lahir di Hospital Auckland City semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia