Utusan Borneo (Sarawak)

Pelarian Rohingya sambut Aidiladha di kem Cox’s Bazar

-

COX’S BAZAR: Hampir sejuta orang Muslim Rohingya menyambut Hari Raya Aidiladha semalam di kem pelarian terbesar di dunia, hampir setahun tepat sejak operasi ketenteraa­n yang kejam mengusir golongan minoriti yang tertindas itu dari Myanmar secara beramai-ramai.

Doa dipanjatka­n dalam masjid sementara di selatan Bangladesh untuk menyambut Hari Raya Korban dalam agama Islam sementara lembu disembelih dalam sawah berlumpur dalam kem-kem yang besar dan luas.

Di Kutupalong, sebuah penempatan bukit yang begitu besar dan padat dengan ratusan ribu pelarian, seorang bilal memanggil jemaah untuk bersolat manakala kanakkanak bermain di atas sebuah karusel kayu dan berlari-lari dalam lorong tanah dengan memakai baju baharu untuk perayaan semalam.

Bagi ramai pelarian, Hari Raya Aidiladha ini merupakan yang pertama sejak mereka diusir dengan kejam dari barat Myanmar setahun lalu dalam kempen keganasan bersepadu yang disamakan oleh pegawai Amerika Syarikat dan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu dengan pembersiha­n etnik.

Tentera Myanmar, yang disokong oleh militia bersenjata Buddha, mula bergerak di perkampung­an Rohingya pada Ogos 2017 hanya beberapa hari sahaja sebelum hari raya bermula.

Memori mengenai tanah air yang dibakar, dan kesengsara­an di Bangladesh, membayangi perayaan bagi Mohammad Issa, 19, seorang daripada 700,000 orang Rohingya yang lari daripada pengusiran berdarah.

“Di Myanmar kami ada duit, kami ada lembu dan tanah. Hari raya lebih meriah di sana,” katanya kepada AFP dekat deretan tandas lubang yang berbau di kem Jamtoli, sebuah penempatan baharu untuk pelarian yang baharu tiba.

Orang Muslim menurut tradisi mengorbank­an haiwan untuk Hari Raya Aidiladha selama tiga hari, yang memberi penghormat­an kepada Nabi Ibrahim yang menyembeli­h anak bebiri selepas Allah tidak mengambil nyawa Ishmael, putera baginda.

Mereka yang dapat melakukan korban akan memakan sebahagian daripada daging berkenaan dan memberi bakinya kepada orang miskin yang tidak dapat membeli makanan.

Di Cox’s Bazar dekat sempadan Bangladesh-Myanmar, di mana kem kotor menempatka­n beberapa generasi pelarian Rohingya yang diusir dari barat Myanmar, keperluan adalah banyak, tetapi sedikit untuk dikongsika­n.

Lembu, kambing dan biri-biri membanjiri pasaran tempatan bagi menampung keperluan pelarian Muslim menjelang hari raya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia