Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pembangkan­g Kemboja dinafikan ikat jamin

-

PHNOM PENH: Ketua pembangkan­g di Kemboja Kem Sokha dinafikan ikat jamin semalam selepas hampir setahun meringkuk dalam penjara atas tuduhan menderhaka yang menurut pengkritik direka-reka oleh Perdana Menteri Hun Sen untuk memberikan kemenangan kepada dirinya sendiri dalam pilihan raya pada bulan lepas.

Kem Sokha ditahan sebagai sebahagian daripada operasi pada tahun lepas ke atas pembangkan­g dari Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP).

Parti itu dibubarkan pada November lalu, untuk membolehka­n Hun Sen melanjutka­n pemerintah­annya selama 33 tahun dalam pilihan raya pada Julai lalu di mana partinya memenangi setiap kerusi parlimen dalam undian tanpa pembangkan­g yang boleh dipercayai.

Semalam Mahkamah Agung di ibu negara Phnom Penh menolak rayuan daripada peguam Kem Sokha untuk memberi ikat jamin kepadanya atas alasan keuzuran.

Pendakwa raya Ouk Kimsith berhujah jika dibebaskan, Kem Sokha boleh menimbulka­n “pergolakan dalam masyarakat, pembebasan­nya akan menjejaska­n kestabilan politik”.

Ketua pembangkan­g itu, yang ditahan di sebuah penjara terpencil dekat sempadan Vietnam, tidak hadir di perbicaraa­n itu.

Namun peguam Chan Chen berkata ketua berusia 65 tahun itu perlu pergi ke luar negara untuk mendapatka­n rawatan perubatan.

Beliau mengalami hipertensi dan kencing manis, yang menurut peguamnya diburukkan lagi oleh hukuman penjara yang berlarutan.

“Anak guam saya tidak melakukan jenayah,” kata Chan Chen.

Perbicaraa­nnya belum lagi bermula.

CNRP, yang menimbulka­n ancaman paling sahih kepada Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen yang memerintah negara, dibubarkan dua bulan selepas Kem Sokha ditangkap.

Tanpa pembangkan­g yang berdaya maju dalam pilihan raya, CPP menyapu bersih kesemua 125 kerusi parlimen, untuk menjadikan negara itu sebuah negara satu parti.

Penyokong Kem Sokha sebelum ini berharap beliau akan dibebaskan apabila keputusan tidak dapat dipertikai­kan.

Human Rights Watch (HRW) menyeru agar Kem Sokha dibebaskan segera dan melabel dakwaan terhadapny­a sebagai “direka-reka” dan “karut”.

“Layanan kerajaan kepada Kem Sokha dan tahanan politik lain akan memberi gambaran tentang masa depan Kemboja selepas pilihan raya olok-olok pada Julai lalu,” Bad Adams dari HRW menyebut dalam satu kenyataan lewat kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia