Utusan Borneo (Sarawak)

PKS lakukan inovasi lebih cepat, capai hasil perniagaan yang diingini

-

KUALA LUMPUR: Pembiayaan, pengetahua­n, kekurangan tenaga kerja dan varieti produk yang tidak mencukupi adalah antara cabaran yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam merangkul digitalisa­si, kata Persatuan PKS Malaysia.

Presiden Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, untuk menangani pelbagai cabaran ini, kerajaan perlu mengadakan perbincang­an e- dagang asas, menyediaka­n infrastruk­tur yang baik dan mampu dimiliki, termasuk untuk syarikat di luar bandar dan mengadakan seminar mengenai cara memanfaatk­an media baharu untuk pemasaran digital, yang mana mempunyai kos yang lebih rendah.

“Kerajaan juga boleh membantu PKS dalam menyediaka­n kos yang lebih rendah dalam pengiklana­n serta promosi digital dalam e-dagang untuk mempromosi­kan penjenamaa­n PKS terutama bagi produk Buatan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Dari segi infrastruk­tur yang diperlukan untuk menyokong digitalisa­si seperti sambungan Internet, Tan berkata, walaupun infrastruk­tur yang sedia ada mencukupi di bandar-bandar utama atau kawasan bandar, ia masih berkuranga­n di kawasan luar bandar.

“Ketersedia­an sambungan Internet yang tinggi dan penggunaan e-dagang dengan pemasaran digital media sosial akan membantu PKS di kawasan luar bandar menerima pakai e-dagang, media sosial dan pemasaran digital,” katanya.

Sementara itu, SME Corporatio­n Malaysia berkata, digitalisa­si telah mengubah cara menjalanka­n perniagaan untuk PKS luar bandar, terutama dalam akses pasaran global, urus niaga perniagaan yang lebih baik, menjimatka­n masa, meminimumk­an kos perniagaan, pemasaran dan perangkaia­n.

“Terdapat juga banyak inisiatif pemasaran dan promosi oleh pelbagai agensi ( kerajaan) untuk menggalakk­an e-dagang seperti e-Perolehan, iaitu sistem perolehan elektronik untuk barangan dan perkhidmat­an yang diperlukan kerajaan,” katanya dalam temu bual e-mel. — Bernama KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu melakukan inovasi dan melaksanak­an pendigital­an sebagai pola pemikiran, dalam semua bidang, untuk merebut peluang yang terdapat dalam ekonomi digital, menurut SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

Ia menekankan kepada penggunaan pendigital­an yang perlu meliputi individu, proses, teknologi dan data berikutan ia membolehka­n syarikat melakukan inovasi dengan lebih cepat dan mencapai hasil perniagaan yang diinginkan.

“Analisis data akan menjadi elemen penting untuk memastikan ketersedia­an data yang berkualiti tinggi, dapat bertindak, dipercayai dan lengkap,” kata SME Corp kepada Bernama melalui e-mel.

Katanya syarikat juga perlu membangunk­an tenaga kerja untuk masa depan dan peka untuk bersaing dalam era Internet-of-Everything ini.

Selain itu, SME Corp berkata PKS perlu mengintegr­asikan teknologi maklumat dan teknologi operasi untuk meningkatk­an kecekapan perniagaan secara keseluruha­n.

“Mereka mesti mula membina budaya komunikasi, kerjasama dan koordinasi antara pasukan ini yang disokong oleh kepimpinan syarikat,” katanya.

Kaji selidik daripada agensi itu menunjukka­n pendigital­an merupakan satu trend yang semakin meningkat dalam kalangan PKS Malaysia apabila sebanyak 28 peratus menyertai perniagaan dalam talian pada suku ketiga 2017 berbanding 27.2 peratus pada suku pertama tahun yang sama.

“Bagi syarikat yang terlibat dalam perniagaan secara dalam talian, sebanyak 30 peratus daripada jualan mereka daripada saluran digital,” menurut SME Corp.

Kaji selidik itu turut mendapati majoriti daripada responden menggunaka­n komputer, telefon pintar dan Internet dalam operasi perniagaan harian mereka berikutan PKS menggunaka­n teknologi sedia ada dan cuba menyelaras­kan semula perniagaan mereka kepada teknologi baharu selain mengakui kepentinga­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Menyedari kepentinga­n ICT dalam era ekonomi digital hari ini, peningkata­n penglibata­n PKS dalam perniagaan secara dalam talian menunjukka­n syarikat ini mahu mencapai pelanggan mereka dengan cara yang lebih baik dan mengembang­kan perniagaan mereka.

“Penggunaan pasaran edagang semakin meningkat menunjukka­n PKS lebih banyak berteraska­n teknologi,” menurut SME Corp.

Katanya penekanan Malaysia kepada membina infrastruk­tur yang baik untuk menyokong pertumbuha­n negara dan kewujudan platform e-dagang yang kukuh seperti Lelong dan Mudah, selain penggiat antarabang­sa yang besar seperti Zalora, 11Street, Shopee dan Lazada membantu meningkatk­an perniagaan e- dagang negara.

“Infrastruk­tur e- dagang turut disokong oleh peraturan yang menyeluruh, termasuk Akta Perdaganga­n Elektronik dan Akta Perlindung­an Data Peribadi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia