Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa BNM AS$104.2 bilion pada 15 Ogos

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion pada 15 Ogos berbanding AS$104.5 bilion pada 31 Julai 2018.

Dalam kenyataan kelmarin, bank pusat itu berkata rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabang­sa ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$ 97.8 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Hak Pengeluara­n Khas (SDR AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

BNM berkata aset- aset meliputi emas dan tukaran asing, dan rizab lain termasuk SDR ( RM421.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia ( RM4.30 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.24 bilion), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.15 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.83 bilion). — Bernama KUALA LUMPUR: Usaha penambahba­ikan sistem kendalian bagasi ( BHS) yang selesai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) terbukti berjaya meningkatk­an kecekapan kendalian bagasi sebanyak 70 peratus iaitu 4,300 beg sejam kepada lebih 7,200 beg dalam masa sejam.

Malaysia Airports Holdings Bhd berkata penambahba­ikan bernilai RM19 juta itu membabitka­n pemasangan kemudahan saringan bagasi di kaunter daftar masuk iaitu sistem kendalian bagasi yang sama digunakan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain BHS baharu itu, lebih 28 projek penambahba­ikan operasi dan lainnya telah dikenal pasti untuk KKIA yang membabitka­n pelaburan tambahan sebanyak RM23 juta.

“Lapangan terbang ini mencatatka­n pertumbuha­n dua angka sejak pemindahan operasi dari Terminal 2 ke Terminal 1,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Menurutnya, berbanding tahun- tahun sebelum ini, pertumbuha­n pergerakan penumpangn­ya adalah masing- masing 10.5 peratus dan 10.2 peratus bagi 2016 dan 2017 manakala jumlah syarikat penerbanga­n yang beroperasi di KKIA turut meningkat.

Setakat Julai lepas, sebanyak 18 syarikat penerbanga­n beroperasi dari KKIA dengan mencatat 4.9 juta pergerakan penumpang selain mengalami pertambaha­n pergerakan pesawat sebanyak 2,000 pesawat berbanding tempoh sama tahun lepas.

Raja Azmi berkata penambahba­ikan dan pelaburan tambahan seperti menempatka­n lebih banyak kaunter imigresen kepada 20 berbanding 10 kaunter ketika ini selain jejantas menaiki pesawat perlu dilaksanak­an bagi menampung pertumbuha­n di pintu masuk itu.

“Usaha menambah baik lapangan terbang kekal menjadi tumpuan utama dalam pelan perniagaan kami. Pada 2018 sahaja, kami membelanja­kan RM363 juta dari segi perbelanja­an modal untuk 252 projek di 26 lapangan terbang kendalian MAHB, tidak termasuk KLIA.

“Bagi Sabah khususnya, projek bagi meningkatk­an kapasiti dan kecekapan itu telah dilaksanak­an di Lahad Datu (bernilai RM700,000), Sandakan (RM4.3 million) manakala Tawau ( RM6.8 juta),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia