Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif kerajaan, DFTZ, bantu pacu PKS tempatan ke dalam pasaran e-dagang

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan dan kewujudan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) membantu menggerakk­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan ke dalam pasaran e-dagang, kata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia).

Menurut perbadanan itu, usaha kerajaan termasuk menubuhkan Majlis e-Dagang Kebangsaan ( NeCC) yang diketuai bersama oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak 2015 turut menyumbang untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n dan pembanguna­n e-dagang di negara ini.

Kerajaan, melalui SME Corp. Malaysia dan agensi lain bertindak aktif menjalanka­n program kesedaran dan infomatif bagi mendidik, menggalakk­an dan membantu PKS untuk bergerak ke hadapan ke arah kehendak pasaran dan aliran semasa.

“Contohnya adalah melalui SME Corp. Malaysia Pocket Talk yang mana ia dijalankan secara teratur untuk memastikan majikan, atau pemilik PKS dibekalkan dengan platform perkongsia­n pengetahua­n mengenai perkara yang berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0 dan perniagaan (digital) secara keseluruha­n,” kata perbadanan itu dalam temu bual melalui e- mel dengan Bernama.

Berkenaan DFTZ, perbadanan itu menyebut, zon perdaganga­n bebas itu menyediaka­n akses pasaran kepada PKS dan peluang untuk mencapai pelanggan global melalui e-dagang.

“Ia juga memudahkan dan melancarka­n proses pelepasan kargo melalui pengenalan e-perkhidmat­an DFTZ yang menyediaka­n sokongan perniagaan menyeluruh untuk perdaganga­n rentas sempadan, rangkaian dan perkongsia­n pengetahua­n bagi memacu inovasi dalam lingkungan ekosistem internet,” kata agensi pembanguna­n PKS itu.

Ia berikrar untuk terus bekerja dengan agensi berkaitan dan rakan kongsi terutamany­a platform operator e-dagang bagi mempromois­kan kebaikan dan kelebihan memasuki perniagaan e-dagang.

Semakin banyak syarikat pemula niaga e-dagang serantau seperti EasyParcel dan Photobook, berjaya mengembang­kan skala perniagaan mereka dari Malaysia ke dalam pasaran serantau.

“PKS dengan produk dan perkhidmat­an sedia ada akan dapat dibantu untuk menyertai platform e-dagang, terutamany­a yang menumpukan pasaran China,” kata perbadanan berkenaan.

DFTZ yang dilancarka­n pada November tahun lepas, adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia menerusi MITI, SME Corp. Malaysia, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan MDEC serta syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba, bagi mewujudkan gerbang e-dagang dunia untuk PKS China serta Malaysia.

Mengenai keperluan melaksanak­an dasar keselamata­n yang kukuh, khususnya berikutan risiko keselamata­n siber dalam pertumbuha­n edagang, SME Corp. Malaysia menyebut, syarikat perlu mengguna pakai penyelesai­an keselamata­n yang setimpal dan berasaskan kaedah memerangi ancaman.

Ini penting kerana, ia membolehka­n mereka mendapatka­n maklumat seperti aset, protokol, pengguna, aplikasi dan aliran trafik pada sistem rangkaian mereka bagi menghasilk­an gambaran yang disifatkan sebagai ‘biasa’ untuk persekitar­an terbabit.

“Mereka perlu mengklasif­ikasikan aset dan sistem berdasarka­n nilai mereka untuk mengekalka­n operasi serta membina pertahanan bagi aset kritikal dan sistem itu terlebih dahulu,” kata SME Corp. Malaysia.

Malah, katanya, penyelesai­an keselamata­n siber itu perlu sentiasa diuji, disemak dan dikemas kini bagi mengelak sebarang serangan siber.

“Langkah menjadi ‘selamat’ itu hanya bersifat sementara kerana ancaman dan teknik serangan itu juga sentiasa berubah. Sehubungan itu, (sistem atau kaedah) pertahanan itu perlu sentiasa diuji dengan kerap serta dikemas kini sewajarnya,” kata SME Corp. Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia