Utusan Borneo (Sarawak)

Produktivi­ti buruh meningkat 2.0 peratus

-

KUALA LUMPUR: Produktivi­ti buruh Malaysia meningkat sebanyak 2.0 peratus bagi setiap pekerja dalam suku kedua 2018 dan mencatat pertumbuha­n positif bagi semua sektor utama dan subsektor.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking dalam satu kenyataan kelmarin berkata, sektor perlombong­an dan kuari mencatat pertumbuha­n produktivi­ti tertinggi pada 5.2 peratus diikuti pembinaan (4.0 peratus), perkhidmat­an (2.5 peratus), perkilanga­n ( 1.5 peratus) dan pertanian (1.3 peratus).

“P e r t u m b u h a n produktivi­ti adalah teras kepada taraf hidup serba mampan dan Malaysia perlu meninjau kaedah baharu bagi mencabar sempadan sedia ada.

“Kita akan terus melaksanak­an pelbagai inisiatif dan aktiviti bagi menyediaka­n persekitar­an perniagaan serba kondusif bagi menyokong industri serta meningkatk­an produktivi­ti,” kata Darell.

Beliau berkata, usaha memodenkan peraturan perniagaan juga merupakan antara inisiatif yang dapat mewujudkan persekitar­an perniagaan yang lebih berdaya saing.

Sejumlah 32 projek di bawah Program-Program Memodenkan Pelesenan Perniagaan, Mengurangk­an Beban Kawal Selia Tidak Wajar dan Mengurangk­an Karenah Birokrasi juga dapat disiapkan pada 2017.

“Adalah dianggarka­n semua projek-projek itu berjaya menjimatka­n kos pematuhan sebanyak RM1.2 bilion,” katanya.

Selain itu, Darell turut membangkit­kan kepentinga­n penguasaan teknologi baharu bagi meningkatk­an produktivi­ti serta daya saing negara dalam usaha mencapai sasaran pertumbuha­n tahunan sebanyak 3.7 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia