Utusan Borneo (Sarawak)

Peralihan daripada rejim GST tidak mengambil masa yang lama

-

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) boleh dilaksanak­an mengikut jadual pada 1 Sept, 2018, memandangk­an peralihan daripada rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini tidak mengambil masa yang lama.

Ketua Perniagaan Kecil dan Pemula Niaga Sage Asia Kamlesh Mahtani berkata walaupun pelaksanaa­nnya kurang daripada 10 hari, peniaga tidak perlu mendapatka­n sistem baharu untuk melaksanak­an rejim percukaian berkenaan.

“Sistem sudah ada dan peratusan cukai yang dikenakan juga jelas. Walaupun SST akan dilaksanak­an mulai 1 Sept, syarikat mempunyai masa sehingga akhir September untuk mendaftar dengan jabatan kastam,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada GST merupakan cukai yang lebih komprehens­if dan boleh menghalang ketirisan cukai, Mahtani bersetuju bahawa sistem cukai terdahulu lebih berstruktu­r berbanding SST, namun penalti yang lebih berat menanti mereka yang cuba mengelak cukai baharu ini setelah dilaksanak­an kelak.

“Penalti yang lebih tinggi akan dikenakan ke atas syarikat yang mengelak cukai dengan mengemukak­an tuntutan palsu, dan kerajaan tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Menurut Rang UndangUnda­ng Cukai Jualan 2018, orang yang mengelak cukai atau membantu seseorang untuk tidak membayar cukai, boleh didenda 10 kali hingga 20 kali jumlah cukai jualan.

Jika didapati bersalah, mereka juga boleh dipenjar- akan sehingga lima tahun, atau lebih buruk lagi didenda dan dipenjara.

Sekiranya kesalahan itu diulangi, mereka boleh didenda tidak kurang daripada 20 kali dan tidak melebihi 40 kali ganda jumlah cukai jualan, atau penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya.

Beliau berkata SST lebih akomodatif kepada perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana memandangk­an GST terdahulu mempunyai terlalu banyak peraturan menyebabka­n gangguan kepada aliran tunai.

Beliau berkata menerusi sistem baharu itu, cukai 10 peratus hanya dilaksanak­an pada satu peringkat, terutama pada peringkat import berbanding GST, yang dikenakan di setiap peringkat, beliau berkata perniagaan hanya akan membuat pembayaran cukai kepada kerajaan selepas menerima barangan tersebut.

“Semasa era GST, syarikat-syarikat perlu membayar kepada kerajaan cukai input terlebih dahulu sebelum pembelian dilakukan. Yang lebih menyukarka­n ialah proses tuntutan mengambil masa yang lama, sekali gus menyusahka­n perniagaan,” katanya.

Pada Isnin, Dewan Negara meluluskan lima rang undangunda­ng berkaitan pelaksanaa­n SST, yang akan dilaksanak­an pada 1 Sept iaitu Rang Undangunda­ng Cukai Jualan 2018, Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmat­an 2018, Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia