Utusan Borneo (Sarawak)

Alibaba Cloud bentuk masa depan transforma­si digital Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud, cabang pengkomput­eran awan firma e-dagang terkemuka China, Alibaba Group, berperanan membentuk masa depan Malaysia dan Asia Pasifik dengan mentransfo­rmasi industri dan bandar ke era baharu digital.

Malah, Alibaba Cloud yang tersenarai di tempat ketiga dalam pasaran awam-pengkomput­eran awan global, baru-baru ini melancarka­n sembilan produk di Singapura yang menjadi sebahagian daripada usahanya untuk bertapak kukuh di peringkat global dengan menawarkan konsep runcit baharu yang membantu peniaga memanfaatk­an sum- ber secara berkesan serta mendapat lebih banyak maklumat mengenai pengguna.

Produk tersebut akan memenuhi keperluan industri dari segi pendigital­an operasi dan menjadikan integrasi secara dalam dan luar talian yang lebih lancar selain perlindung­an lebih baik terhadap sebarang penyelewen­gan.

Menyingkap aspirasi syarikat itu, Presiden Perniagaan Antarabang­sa Alibaba Cloud Wang Yeming berkata pihaknya berminat untuk berkongsi kepakaran dengan kalangan rakan niaga serta pelanggann­ya.

Ini berikutan perspektif Alibaba Cloud yang melihat Asia Pasifik sebagai sebuah pasaran besar dan syarikat itu berhasrat menjadi platform dan rakan dagang dengan kalangan syarikat, kerajaan, institusi penyelidik­an dan penggiat industri lain di rantau ini.

“Dalam tempoh tiga tahun lagi, kami mahu membangunk­an ekosistem rakan kami di rantau ini kepada kira-kira 10,000 rakan daripada beberapa ribu, ketika ini.

“Kami juga mahu membangunk­an satu program serantau bagi memupuk bakat berkaitan,” katanya pada Sidang Kemuncak Alibaba Cloud yang diadakan di Singapura pada 15 Ogos lepas.

Pada acara sehari itu, syarikat berkenaan mengumumka­n kerjasaman­ya dengan pihak National University of Singapore dalam usaha menghasilk­an kalangan bakat dalam bidang data sains.

Di Malaysia, syarikat itu merancang untuk memulakan program pendidikan digital masing- masing di Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang akhir tahun ini menerusi kerjasama dengan pihak Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC).

Sementara itu, mengulas prospek sama, Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia Kenny Tan menyi- fatkan pendidikan dalam pengkomput­eran awan ini seharusnya digalakkan bagi meningkatk­an tahap kesedaran serta memperleng­kap kalangan usahawan dengan keupayaan untuk memanfaatk­an platform pengkomput­eran awan.

Bercakap kepada Bernama, Tan berkata Malaysia juga memiliki kemudahan infrastruk­tur bagi melonjakka­n transforma­si digitalnya.

“Sudah pasti akan ada ruang untuk tujuan penambahba­ikan dari segi transforma­si digital Malaysia bagi memperting­kat tahap pelaksanaa­nnya.

“Alibaba Cloud juga telah membuat pelaburan besar dan kekal komited terhadap Malaysia,” katanya.

Bulan lepas, syarikat itu melancarka­n zon kesediaan kedua dan Pusat Anti-DDos ( Penolakan Perkhidmat­an Tersebar) yang pertama di Malaysia bagi memberi perlindung­an baharu kepada pelanggan daripada sebarang serangan DDoS.

“Kami telah menjalin pakatan dengaan syarikat dan sektor kewangan Malaysia dan akan memanfaatk­an teknologi ini bagi melonjakka­n pertumbuha­n dan mewujudkan lebih banyak nilai. Kami akan terus melabur di Malaysia,” katanya.

Menurut Tan, Alibaba Cloud juga berhasrat melancarka­n projek inisiatif ‘City Brain’ iaitu program pengurusan trafik pintar bandar di Malaysia tidak lama lagi.

“Pada masa ini, program perintis terbabit sedang dilaksanak­an dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan hasilnya adalah positif,” katanya.

Program perintis itu adalah hasil kerjasama dengan MDEC dan penyedia khidmat e-hailing, Grab Malaysia.

Pada September 2016, City Brain telah dilaksanak­an di Daerah Xiaoshan, Hangzhou dan berjaya meningkatk­an kelajuan trafik sebanyak 15 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia