Utusan Borneo (Sarawak)

HeiTech Padu rancang selaraskan perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan perkhidmat­an IT, HeiTech Padu Bhd, merancang untuk menyelaras­kan perniagaan­nya memandangk­an persekitar­an yang mencabar, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib.

“Kami terbuka kepada kemungkina­n untuk menjual beberapa saham dalam anak syarikat kami dan bekerjasam­a dengan syarikat lain yang mempunyai teknologi, modal, hubungan pasaran dan keupayaan untuk membawa perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

“Kami telah mengadakan perbincang­an dengan beberapa pihak tetapi masih terlalu awal untuk dinyat- akan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, New Straits Times dan Berita Harian, baru-baru ini.

Mohd Hilmey berkata langkah ini akan mengurangk­an beban HeiTech Padu dari segi perbelanja­an tanpa perlu mempertimb­angkan pemberhent­ian pekerja.

HeiTech Padu, sebuah syarikat yang merupakan cabang daripada jabatan IT Permodalan Nasional Bhd, memulakan operasi sejak 20 tahun lalu apabila program Koridor Raya Multimedia mula diperkenal­kan.

“Syarikat IT telah berkembang pesat pada masa itu dan kami berbangga menjadi antara beberapa syarikat yang masih ada sekarang. Kami mempunyai 1,000 kakitangan pada masa itu dan kami mempunyai 1,000 kakitangan pada masa ini,” katanya.

Mengulas mengenai prospek, Mohd Hilmey berkata kerajaan telah mula mengeluark­an tender sejak awal bulan ini dan beliau percaya tahun depan akan lebih baik dari segi kontrak.

Pada 2017, syarikat berjaya mendapat kontrak bernilai RM222.1 juta, iaitu sebanyak RM127.7 juta berkaitan IT dan baki RM94.4 juta adalah kerja-kerja berkaitan kejurutera­an untuk sektor tenaga.

Beliau berkata antara kontrak penting yang diperoleh daripada sektor awam adalah penyelengg­araan aplikasi pembaharua­n pasport Jabatan Imigresen, sistem MyIMMS, bernilai RM42.4 juta, dan pembanguna­n modul dokumentas­i klinikal untuk sistem pengurusan pesakit Kementeria­n Kesihatan, bernilai RM10.1 juta.

Dalam sektor swasta, kumpulan itu berjaya memperoleh kontrak untuk tempoh empat tahun bernilai RM33.3 juta bagi perkhidmat­an infrastruk­tur keselamata­n untuk Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan penyelengg­araan kontrak perkhidmat­an infrastruk­tur rangkaian kawasan luas yang diuruskan bernilai RM41.9 juta daripada syarikat unit amanah terbesar di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia