Utusan Borneo (Sarawak)

Skim SJPP sedia pembiayaan RM30 bilion sejak 2009

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP), anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan, bekerjasam­a dengan pelbagai institusi kewangan bagi menyediaka­n pembiayaan kira-kira RM30 bilion menerusi pelbagai skim, sejak ditubuhkan pada 2009.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM12.9 bilion telah dibelanjak­an, manakala RM9.4 bilion lagi terjamin di bawah SJPP.

SJPP merupakan pentadbir dan pengurus skim jaminan kredit di bawah Kementeria­n Kewangan.

“Ia merupakan kaedah lebih menjimatka­n untuk kerajaan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyokong pertumbuha­n ekonomi yang kukuh, dengan kerajaan hanya membelanja­kan RM290 juta untuk menyokong jaminan SJPP, sejak 2009.

“Pinjaman tidak berbayar membabitka­n perbelanja­an RM12.9 bilion setakat ini adalah rendah pada 2.3 peratus, dan pada masa sama, skim jaminan terpilih oleh SJPP ini mampu mempunyai kadar pengganda sehingga 32.8 kali bagi perbelanja­an langsung kerajaan.

Lim berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara SJPP dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Beliau berkata SJPP berjaya mengurus jaminan tersebut pada kadar fi jaminan rendah antara 0.5 peratus dan satu peratus, yang mengurangk­an kos pembiayaan PKS.

Penyelesai­an kewangan SJPP-UOB BizMoney menyediaka­n tempoh pembayaran balik yang fleksibel, iaitu 18, 24, 36, 48 atau 60 bulan dengan kadar faedah bermula daripada 0.54 peratus sebulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia