Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih Sunway pada suku kedua susut kepada RM215.8 juta

-

KUALA LUMPUR: Untung bersih Sunway Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun, 2018, susut kepada RM215.76 juta daripada RM232.01 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan bagaimanap­un, meningkat kepada RM1.28 bilion daripada RM1.24 bilion sebelumnya, berikutan sumbangan yang tinggi daripada segmen pembinaan serta perdaganga­n dan perkilanga­n, kata syarikat berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kelmarin.

Menurut syarikat itu, untung yang rendah adalah berikutan pelaksanaa­n Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 15 berhubung satu daripada projek pembanguna­n hartanah di Singapura syarikat berkenaan, yang mana ia hanya boleh mengiktira­f keuntungan pembanguna­n selepas ia disiapkan.

Untuk itu, keuntungan progresif sebanyak RM23.8 juta daripada projek berkenaan terpaksa ditangguhk­an.

Untuk masa hadapan, syarikat berkenaan menyebut, komitmen kerajaan baharu dan usaha meningkatk­an tadbir urus, akauntabil­iti serta ketelusan akan merangsang pengguna domestik juga keyakinan perniagaan serta membantu menyokong momentum pertumbuha­n ekonomi.

“Pembanguna­n positif yang sedemikian akan menjadi lebih baik bagi perniagaan syarikat yang pelbagai.” — Bernama KUALA LUMPUR: AmGeneral Insurance Bhd menjalinka­n kerjasama dengan syarikat permulaan tempatan GITOGO untuk menawarkan polisi kemalangan peribadi dengan liputan dan nilai yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AmGeneral Insurance Bhd, Derek Roberts berkata, syarikat insurans perlu bertindak terhadap perubahan teknologi digital yang mempengaru­hi industri.

“Dengan sokongan yang berterusan kami juga ingin menyertai ruang digital yang semakin membangun berikutan inisiatif Bank Negara.

“AmGeneral tidak hanya mahu menerima teknologi digital dan memberikan penyelesai­an digital kepada pelanggan, malah kami juga mahu memperkasa­kan ejen dan usahawan tempatan untuk beralih kepada digital,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

GITOGO, ejen insuran korporat berdaftar di bawah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), menyediaka­n platform untuk pelanggan mendapatka­n perkhidmat­an insurans dengan hanya satu klik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia