Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan UPKO untuk tinggalkan BN adalah tepat

-

KOTA KINABALU: Tindakan Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggalk­an Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Gabungan Sabah dan sekarang Gabungan Bersatu Sabah membuktika­n tindakan UPKO untuk meninggalk­an BN adalah tepat.

Pengerusi Biro Komunikasi dan Multmedia UPKO Pusat, Felix Joseph Saang bagaimanap­un berkata walau apapun platform politik PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku ( STAR), UPKO berharap mereka benar- benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan mereka untuk membela dan memartabat­kan kedudukan serta hak-hak rakyat Sabah.

“UPKO mengucapka­n syabas dan tahniah kepada PBS dan STAR kerana akhirnya tidak lagi berselindu­ng dengan konspirasi politik mereka sebelum ini dan secara terangtera­ng mengaku membentuk kerjasama politik melalui Gabungan Bersatu Sabah.

“UPKO juga mengucapka­n syabas kepada STAR yang memang hebat dalam membentuk platform politik memandangk­an parti itu baharu sahaja menubuhkan Gabungan Sabah dan sekarang meninggalk­an Gabungan Sabah untuk bersama dalam Gabungan Bersatu Sabah pula.

“STAR memang terkenal dengan kebolehan mereka untuk mengubah paksi politik dengan begitu cepat dan kerap,” katanya.

Pada masa yang sama juga katanya, UPKO hairan dengan Gabungan Bersatu Sabah yang menerima kerjasama UMNO Sabah sedangkan PBS dan STAR berulang kali menyatakan mereka dibuli UMNO.

Selain itu, mereka masingmasi­ng mahu menguatkan kedudukan politik orang Sabah dan menyatakan pendirian tidak mahu lagi mengikut telunjuk UMNO.

Felix yang juga setiausaha penganjur Pemuda UPKO Pusat berkata, UMNO Sabah juga seolah- olah bermain helah untuk memperdaya rakyat Sabah kerana pada masa sama, tidak mengiktira­f kewujudan BN di Sabah tetapi di sebaliknya masih mengikut telunjuk UMNO di peringkat pusat.

Sebagai contoh katanya, Ketua Perhubunga­n UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor yang jelas dilantik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setelah Datuk Seri Salleh Said Keruak difikirkan tidak sesuai untuk meneraju parti itu di Sabah.

“UPKO berharap UMNO Sabah dapat menjelaska­n bagaimana mereka boleh berfungsi tanpa mengikut telunjuk daripada UMNO Pusat,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, UPKO berharap semua parti politik di Sabah tetap mendahuluk­an kedudukan dan hak-hak rakyat Sabah.

“UPKO menyeru semua parti politik sama-sama bekerja keras untuk memastikan Sabah berada di arus perdana pembanguna­n politik, ekonomi dan sosiobuday­a.

“UPKO pasti mengutamak­an suara rakyat Sabah dan akan terus mempertaha­nkan suara rakyat Sabah,” katanya.

 ??  ?? BELA RAKYAT: Ewon (duduk, empat kanan), Sualim (duduk, tiga kanan) dan Christni (duduk, tiga kiri) bersama para pegawai SESB yang hadir pada taklimat itu.
BELA RAKYAT: Ewon (duduk, empat kanan), Sualim (duduk, tiga kanan) dan Christni (duduk, tiga kiri) bersama para pegawai SESB yang hadir pada taklimat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia