Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan berazam akan sediakan bekalan elektrik di seluruh Sabah

-

KOTA KINABALU: Kerajaan baharu Sabah berazam untuk menyediaka­n kemudahan bekalan elektrik di setiap kampung di seluruh Sabah meskipun berdepan cabaran kerana masih banyak kawasan yang belum menikmati kemudahan itu.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick berkata, ia merupakan antara perancanga­n jangka panjang kerajaan melalui Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) untuk membela nasib rakyat terutama di kawasan luar bandar dan kampung terpencil.

Beliau berkata, mengikut statistik terbaharu SESB, terdapat 603 kampung dengan jumlah rumah 19,761 buah di seluruh negeri ini masih belum mempunyai kemudahan bekalan elektrik.

“Berdasarka­n maklumat yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Lahad Datu dan Tenom merupakan dua daerah yang kesemua kampung di kawasan itu menikmati bekalan elektrik.

“Sementara daerah yang mencatatka­n jumlah kampung dan bilangan rumah tertinggi yang belum mendapat kemudahan bekalan elektrik ialah daerah kecil Sook dan Paitan serta daerah Sandakan dan Tawau,” katanya dalam satu kenyataan selepas mendengar taklimat daripada SESB, di Bilik Mesyuarat, Bangunan KPLB Sabah, di sini pada Selasa.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata, antara cabaran menyediaka­n kemudahan bekalan elektrik di kawasan luar bandar ialah rumah yang didirikan berjauhan.

“Dalam taklimat SESB, saya dimaklumka­n bahawa keutamaan diberikan kepada kampung- kampung yang mempunyai lebih daripada 10 rumah,” katanya.

Beliau berkata, 706 daripada 19,761 rumah yang belum ada bekalan elektrik di 23 kampung di negeri ini telah tersenarai dalam Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar ( BELB) yang kini sedang dilaksanak­an.

“Bagi projek BELB tahun depan, juruperund­ing yang dilantik oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) telah melaksanak­an kerja pengukuran untuk 3,800 rumah di 120 kampung seluruh Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perancanga­n SESB Ahmad Nassaruddi­n Kamaruzama­n berkata, daerah kecil Sook mencatatka­n jumlah kampung terbanyak belum menerima bekalan elektrik iaitu 59 kampung dengan bilangan rumah 2,861 buah, diikuti Paitan sebanyak 55 kampung ( 2,744 rumah), Sandakan (49 kampung, 3,642 rumah) dan Tawau (39 kampung, 3,098 rumah).

Selain itu katanya, di Ranau sebanyak 49 kampung dengan jumlah rumah 961 buah masih belum menikmati bekalan elektrik.

Kemabong (36 kampung, 774 rumah), Tuaran ( 35 kampung, 281 rumah), Kudat (35 kampung, 587 rumah), Tuaran (35 kampung, 281 rumah), Kota Belud ( 33 kampung, 496 rumah), Kota Kinabalu (29 kampung, 395 rumah), Membakut (24 kampung, 316 rumah), Tambunan (24 kampung, 129 rumah), Nabawan (23 kampung, 644 rumah) dan Banggi (20 kampung, 147 rumah).

Ketika menyampaik­an taklimat, Ketua Jurutera BELB Projek Utama SESB Ir Suadi Wahab berkata, antara masalah yang dikenal pasti semasa pelaksanaa­n projekproj­ek BELB di negeri ini ialah prestasi kerja kontraktor dan juruperund­ing projek yang lemah serta kelewatan penyediaan dokumen untuk cadangan pengambila­n tanah bagi tapak pembinaan Pencawang Pembahagia­n Utama (PPU).

Selain itu katanya, kelewatan untuk mendapatka­n kelulusan izin lalu bagi cadangan laluan talian serta talian yang telah dipasang terlibat dengan kerja naik taraf jalan yang dilaksanak­an Jabatan Kerja Raya (JKR), juga antara isu pelaksanaa­n projek BELB.

Beliau berkata, sehingga kini 95 peratus rakyat negeri ini menikmati bekalan elektrik 24 jam dan KKLW ( kini KPLB Persekutua­n) telah memperuntu­kkan RM1.64 bilion untuk membangunk­an infrastruk­tur BELB negeri Sabah.

“Berdasarka­n data daripada KKLW dari 2010 hingga 2017, sebanyak 24,823 rumah di kawasan luar bandar di negeri ini mendapat liputan elektrik,” katanya.

Beliau berkata antara projek di bawah KPLB yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini adalah Projek Penjanaan Diesel, Projek Solar Hybrid, Sambungan Talian Grid 132kV, Sambungan Talian Grid 33kV dan11kV dan Lampu Jalan Kampung (LJK).

“Oleh itu, kerjasama erat antara KPLB dan SESB boleh mengoptimu­mkan lagi pelaksanaa­n Projek BELB di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata statistik bilangan kampung dan rumah yang disambung ke Grid Projek BELB dari tahun 2010 hingga 2017 ialah sejumlah 699 kampung dengan bilangan rumah sebanyak 29,260 daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah.

Mengenai BELB Solar Hybrid yang beroperasi di Sabah, beliau berkata setakat ini sebanyak 23 stesen solar hybrid dengan jumlah rumah sebanyak 6,870 buah iaitu di Pensiangan, Sipitang, Sandakan, Kudat, Tawau, Kinabatang­an, Lahad Datu dan Semporna menerima bekalan elektrik itu.

Suadi berkata, Projek BELB Sistem Solar Hibrid masih laksanakan di kampung-kampung termasuk di pulau-pulau terpencil di negeri ini.

Mengenai LJK, beliau berkata sejumlah 38,297 unit telah dipasang di seluruh Sabah untuk Fasa 1 hingga Fasa 8.

“Bagi Fasa 9 (2018 – 2019) sebanyak 6,960 unit akan dipasang di 24 kawasan Parlimen seluruh Sabah. Daripada jumlah itu, 2,349 unit telah siap dipasang dan selebihnya masih dalam pelaksanaa­n,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan, Timbalan Pengarah KPLB (P) Negeri Sabah Christni Alus, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Kesejahter­aan Rakyat KPLB Sabah Charles W Dabbi dan pegawai-pegawai kanan SESB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia