Utusan Borneo (Sarawak)

80 BERSIHKAN PANTAI LUAK BERSAMA SAVE RIVERS NETWORK

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

SERAMAI 80 sukarelawa­n menyertai aktiviti pembersiha­n pantai yang diadakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Rivers Network di Pantai Esplanade Luak di Miri, kelmarin.

Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi oleh Hinan Zeronnie daripada Total Fitness and Nutrition Permyjaya.

Penyelaras program Caroline Nyurang berkata, para sukarelawa­n berjaya mengumpul sampah sebanyak 55 beg besar pada aktiviti tersebut.

“Aktiviti ini menggalakk­an kesedaran dalam kalangan sukarelawa­n dan orang ramai mengenai pentingnya memastikan pantai dan alam sekitar kita bersih.

“Ia juga dapat menghantar mesej bahawa kebersihan pantai adalah tanggungja­wab bersama setiap daripada kita,” katanya ketika ditemu bual pemberita kelmarin.

Beliau berkata, jumlah sukarelawa­n yang hadir pada majlis itu juga melebihi jangkaan penganjur dan mendorong mereka untuk menganjurk­an aktiviti tersebut sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

“Kami memikirkan untuk menganjurk­an aktiviti sedemikian tiga kali setahun kerana kita perlu melakukann­ya secara kerap, sambil pada masa yang sama menggalakk­an semangat sukarelawa­n dalam kalangan orang ramai terutamany­a warga Miri,” katanya.

Aktiviti pembersiha­n pantai dianjurkan Save Rivers Network sempena Hari Belia Antarabang­sa 2018 yang disambut pada 12 Ogos setiap tahun.

Turut serta pada aktiviti tersebut ialah Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Kheng.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para sukarelawa­n menunjukka­n bungkusan sampah yang berjaya dikutip pagi kelmarin. DILUPUSKAN SEBAIKNYA: Para sukarelawa­n memindahka­n sampah yang dikutip ke atas kenderaan untuk dibawa ke pusat pembuangan sampah.
UNTUK ALBUM: Para sukarelawa­n menunjukka­n bungkusan sampah yang berjaya dikutip pagi kelmarin. DILUPUSKAN SEBAIKNYA: Para sukarelawa­n memindahka­n sampah yang dikutip ke atas kenderaan untuk dibawa ke pusat pembuangan sampah.
 ??  ??
 ??  ?? BERHASIL: Beberapa sukarelawa­n bergambar di hadapan beg-beg sampah yang berjaya dikumpul kelmarin.
BERHASIL: Beberapa sukarelawa­n bergambar di hadapan beg-beg sampah yang berjaya dikumpul kelmarin.
 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Sampah di sepanjang pantai dikutip para sukarelawa­n.
JAGA KEBERSIHAN: Sampah di sepanjang pantai dikutip para sukarelawa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia