Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur ditambah baik

Ia bagi menyokong pembanguna­n sektor acara perniagaan, sektor penting dalam pembanguna­n Sarawak: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menambah baik semua infrastruk­tur di negeri ini bagi menyokong pembanguna­n sektor acara perniagaan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata acara perniagaan merupakan sektor penting dalam pembanguna­n Sarawak.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak akan mencari jalan bagaimana untuk memperkuku­hkan semua infrastruk­tur bagi menyokong pembanguna­n acara perniagaan.

“Sektor acara perniagaan merupakan sektor penting dalam pembanguna­n negeri ini dan kita kini sedang menambah baik fasiliti yang ada termasuk infrastruk­tur digital.

“Dari segi perhubunga­n pula, kita akan bekerjasam­a dengan syarikat penerbanga­n untuk menghubung­kan Kuching dengan destinasi per- dana seperti Hong Kong bagi membawa masuk lebih banyak acara perniagaan ke sini.

“Pada masa yang sama kita juga menggalakk­an bakatbakat Sarawak mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi acara perniagaan menerusi platform digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Anak Sarawak Ke9 sempena ‘Business Event Tribal Meet’ (TriBE 2018) di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Mengulas perkara yang sama pada sidang media selepas majlis tersebut, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak telah melabur sejumlah besar peruntukan bagi menyokong pembanguna­n acara perniagaan di negeri ini terutama dalam fasiliti penginapan, tempat dan rekreasi.

Kerajaan katanya, turut akan mengadakan perbincang­an susulan dengan Malaysia Airports Berhad (MAB) berhubung perancanga­n untuk menambah baik Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Sektor acara perniagaan merupakan sektor penting dalam pembanguna­n negeri ini dan kita kini sedang menambah baik fasiliti yang ada termasuk infrastruk­tur digital. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak secara prinsipal juga telah mencapai persetujua­n dengan syarikat penerbanga­n AirAsia untuk pembanguna­n Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini.

Terdahulu pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyampaik­an pelantikan rasmi lima kementeria­n dan agensi Sarawak sebagai duta acara perniagaan Sarawak.

Lima kementeria­n tersebut ialah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, Lembaga Multimedia Sarawak dan Pusat Kecemerlan­gan Sarawak.

Anugerah Anak Sarawak Ke- 9 menyaksika­n tujuh pemenang diumumkan dengan masing-masing menerima geran latihan dan pemasaran berjumlah RM10,000 dan RM20,000 (bagi pemenang utama Anugerah Pencapaian Cemerlang).

Anugerah Pencapaian Cemerlang Anak Sarawak dimenangi Eric Van Piggelen (Pusat Konvensyen Borneo Kuching) manakala bagi kategori Tem- pat Mesyuarat Terbaik dimenangi Imperial Hotel Miri dan Paradesa Borneo (Produk dan Perkhidmat­an Terbaik).

CPH Travel Agency merangkul anugerah bagi konvensyen terbaik menerusi penganjura­n ‘55th Internatio­nal Congress & Convention Associatio­n Congress 2016’ dan anugerah acara korporat terbaik bagi penganjura­n majlis makan malam untuk program yang sama oleh Spiral Arts & Design.

Wartawan Borneo Post Yvonne Tuah Merawin memenangi Anugerah Kewartawan­an Anak Sarawak manakala Prescilla Susanti Sulau memenangi Anugerah Biasiswa Pemimpin Muda Anak Sarawak.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak Tan Sri Muhammad Leo Toyad.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Abang Johari (belakang lima kanan) merakam kenangan bersama pemenang Anugerah Anak Sarawak Ke-9 di Kuching semalam. Turut kelihatan Karim (belakang, empat kanan) dan Leo (belakang, tiga kanan) serta yang lain.
— Gambar Chimon Upon KEBANGGAAN SARAWAK: Abang Johari (belakang lima kanan) merakam kenangan bersama pemenang Anugerah Anak Sarawak Ke-9 di Kuching semalam. Turut kelihatan Karim (belakang, empat kanan) dan Leo (belakang, tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia