Utusan Borneo (Sarawak)

Masing mungkin akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Istimewa pada sidang DUN

-

KUCHING: Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkemungk­inan merujuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing kepada Jawatankua­sa Istimewa pada Persidanga­n Dewan Undangan (DUN) akan datang.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata, ia kerana Masing memberi butiran yang mengeliruk­an dan tidak benar kepada Dewan mengenai projek 2TR dicadangka­n.

Beliau mendakwa kebanyakan kenyataan Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berbeza dengan ucapan penggulung­an sama ada DUN November 2017 atau Julai tahun ini.

“Selari dengan Perintah Tetap DUN, saya membuat aduan kepada Speaker DUN (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) untuk merujuk timbalan ketua menteri kepada Jawatankua­sa Keistimewa­an pada sidang DUN akan datang.

“Saya berharap langkah segera diambil oleh Speaker atau Dewan selari dengan undang-undang atau di bawah Perintah Tetap untuk menangani perlanggar­an keistimewa­an,” katanya pada sidang media di pejabat PKR di sini, semalam.

See berkata, timbalan ketua menteri itu tidak menyatakan maklumat atau gambaran sebenar mengenai projek cadangan Jalan Utama Kedua (2TR) dalam kenyataann­ya.

Beliau mendakwa peta projek yang diterbitka­n oleh portal talian yang dikatakan atas nama Masing, tidak ada Pakej B atau Seksyen 2 didedahkan, sama ada pada DUN November 2017 atau Julai tahun ini.

Sebaliknya tiga hingga empat seksyen yang digambarka­n di dalamnya ternyata berbeza dengan dinyatakan beliau pada DUN sama pada November tahun lepas atau Julai 2018.

“Saya ingin menasihati beliau (Masing) untuk berhatihat­i dengan kenyataan yang ditulis dan dikeluarka­n atas namanya dan beliau perlu memeriksa semua kenyataan yang diterbitka­n sebelum ini.

“Jika tidak bukan sahaja nama atau reputasiny­a tercemar tetapi nama dan reputasi kabinet negeri dengan membuat kenyataan cuai dan mengeliruk­an,” katanya.

See berkata demikian mengenai kenyataan ‘ eksklusif’ yang dikeluarka­n timbalan ketua menteri itu menerusi sebuah portal talian diterbitka­n tiga hari lepas mengenai projek 2TR yang bertajuk ‘ Masing refutes assemblyma­n’s claims about Coastal Road, Secondary Trunk Road projects’.

 ??  ?? JEMPUTAN: Tong menyerahka­n surat jemputan majlis makan malam sempena sambutan Festival Kuih Bulan 2018 kepada Ting, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain.
JEMPUTAN: Tong menyerahka­n surat jemputan majlis makan malam sempena sambutan Festival Kuih Bulan 2018 kepada Ting, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa yang lain.
 ??  ?? INI BETUL: See pada sidang media menunjukka­n peta projek yang sewajarnya dan bukan seperti dikeluarka­n oleh sebuah portal talian atas nama Masing.
INI BETUL: See pada sidang media menunjukka­n peta projek yang sewajarnya dan bukan seperti dikeluarka­n oleh sebuah portal talian atas nama Masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia