Utusan Borneo (Sarawak)

Galak sikap prihatin, sanggup berkorban harta bantu masyarakat kurang mampu

-

SEBUYAU: Ibadah korban yang dilaksanak­an setiap sambutan Hari Raya Aidiladha mampu menyemai sikap terpuji dalam kalangan masyarakat Islam.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, ibadah itu dapat menggalakk­an sikap prihatin dan sanggup berkorban harta demi membantu masyarakat kurang berkemampu­an.

“Malah, ibadah korban dapat menanam sikap terpuji dan nilai murni dalam diri inividu terutama umat Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ibadah korban bersama rakyat di beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, program ibadah korban itu merupakan program tahunan untuk masyarakat di kawasan Sebuyau.

Beliau menyumbang 23 lembu untuk kampungkam­pung di bawah DUN Sebuyau.

Antara kampung yang sempat beliau ziarahi dalam

Malah, ibadah korban dapat menanam sikap terpuji dan nilai murni dalam diri inividu terutama umat Islam di negeri ini. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

bersama-sama menjayakan ibadah korban kelmarin ialah Kampung Seruyuk, Kampung Sungai Ladong, Kampung Segali, Kampung Sampat, Kampung Lutong Sebangan, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Tebeluk, Kampung Ulu, Kampung Lot, Kampung Masjid dan Kampung Baru Sebuyau.

Pada majlis itu, Julaihi turut mengagihka­n daging korban kepada golongan asnaf dan penduduk di kampung berkenaan.

Turut hadir Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad.

 ??  ?? TERIMALAH: Zawawie menyerahka­n lembu kepada salah seorang ketua kampung sempena majlis tersebut.
TERIMALAH: Zawawie menyerahka­n lembu kepada salah seorang ketua kampung sempena majlis tersebut.
 ??  ?? KERJASAMA: Julaihi ditemani Ibrahim (kiri) dan penduduk kampung bersama-sama melapah daging korban.
KERJASAMA: Julaihi ditemani Ibrahim (kiri) dan penduduk kampung bersama-sama melapah daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia