Utusan Borneo (Sarawak)

Sevilla dalam landasan tepat memburu kejuaraan Liga Europa buat kali ke-4

-

LONDON, England: Juara tiga kali Liga Europa, Sevilla, dijangka akan memburu satu l agi kejuaraan pada musim baharu selepas gol Pablo Sarabia sudah memadai untuk kemenangan 1- 0 ke atas Sigma Olomouc pada perlawanan pertama playoff terakhir kelayakan Khamis lepas.

Dua kelab gergasi bola sepak Scotland, Celtic dan Rangers, juga mempunyai peluang kelayakan ke pusingan pertama kejohanan tetapi pengalaman pertama Burnley dalam bola sepak Eropah sejak 51 tahun dijangka akan berakhir apabila tewas 1- 3 kepada kelab Greece, Olympiakos.

Jurulatih baharu Sevilla, Pablo Machin, meletakkan penjaring hatrik, Andre Silva di bangku simpanan ketika kemenangan 4-1 di Rayo Vallecano dalam aksi La Liga Sepanyol tetapi Silva melakukan sumbangan penting dengan menembusi pertahanan Sigma sebelum mengumpan bola kepada Sarabia enam minit sebelum tamat permainan untuk gol tunggal kemenangan.

Permulaan hambar Burnley dalam Liga Perdana dan bola sepak Eropah berterusan apabila menerima padah dari penyingkir­an Ben Gibson dari padang pada penampilan keduanya untuk kelab.

Bekas pemain pertahanan M i d d l e s b r o u g h i t u dilayangka­n kad kuning kedua kerana menampan bola dengan tangan, membolehka­n Kostas Fortounis menjaringk­an gol ketiga Olympiakos dari tendangan penalti.

Chris Wood mengikat gol pembukaan Fortounis s e b e l u m A n d r e a s Bouchalaki­s meletakkan Olympiakos kembali di hadapan.

Celtic hampir melupakan kekecewaan tersingkir dari kelayakan ke Liga JuaraJuara dengan menentang kelab dari Lithuania, Suduva apabila Olivier Ntcham membuka jaringan seawal minit ketiga.

Tetapi pengurus Celtic, Brendan Rodgers, pastinya kecewa dengan prestasi barisan pertahanan­nya apabila membolehka­n Ovidijus Verbickas mengikat kedudukan 10 minit kemudian dengan perlawanan berkesudah­an 1-1.

“Kami menghadiah­kan gol ( penyamaan) mudah. Ia satu kebimbanga­n utama sekarang,” kata Rodgers.

“Kami tidak memberikan banyak ruang tetapi kami tidak bertahan dengan cukup baik dari tendangan percuma.

“Kami hilang fokus dan ia adalah masalah kami. Pertahanan perlu diperkuatk­an lagi.”

Rangers mencipta rekod tanpa bolos sebanyak enam kali dari 10 perlawanan sejak di bawah kendalian Steven Gerrard ketika menewaskan kelab dari Rusia, Ufa, 1-0.

Gol tunggal kemenangan dijaringka­n oleh Connor Goldson dari jarak dekat.

Pada perlawanan lain, Zenit St Petersburg menang 3- 1 ke atas kelab dari Norway, Molde sementara FC Basel menewaskan Apollon Limassol 3- 2 menerusi dua gol Ricky van Wolfswinke­l.

RB Leipzig dari Jerman, seri tanpa jaringan dengan kelab dari Ukraine, Zorya sementara APOEL Nicosia menewaskan Astana dari Kazakstan 1-0 dan Ludogorets Razgrad juga menang 1-0 ke atas Torpedo Kutaisi dari Georgia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan ‘playoff’ kelayakan Liga Europa di antara Sigma Olomouc dan Sevilla di Stadion Andruv, Republik Czech.
— Gambar Reuters PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan ‘playoff’ kelayakan Liga Europa di antara Sigma Olomouc dan Sevilla di Stadion Andruv, Republik Czech.
 ?? — Gambar AFP ?? BAKAL BERSUA: Gambar fail bertarikh 18 Ogos ini menunjukka­n Federer (kiri) dan Djokovic berjabat tangan selepas tamat aksi perlawanan di Lindner Family Tennis Center di Mason, Ohio.
— Gambar AFP BAKAL BERSUA: Gambar fail bertarikh 18 Ogos ini menunjukka­n Federer (kiri) dan Djokovic berjabat tangan selepas tamat aksi perlawanan di Lindner Family Tennis Center di Mason, Ohio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia