Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad memanah berpasukan campuran hambar

-

LABUAN: Kelab Golf Labuan (LGC) menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Terbuka Golf Amatur Labuan 2018 Lelaki ke-27 dan Wanita ke-20 pada hujung minggu ini.

Acara golf tahunan itu yang akan berlangsun­g dari 24- 26 Ogos adalah antara kejohanan golf terbuka berprestij LGC.

LGC telah menerima mak- simum 112 penyertaan dengan 80 peratus daripadany­a terdiri daripada pemain-pemain golf dari luar Labuan dan selebihnya pemain golf wanita.

Sambutan yang menggalakk­an daripada pemain golf luar Labuan adalah susulan layanan mesra LGC dan kelebihan Labuan sebagai pulau bebas cukai.

Sejumlah besar hadiah menarik juga disediakan bagi kategori ‘Hole-in-One’.

Hadiah-hadiah ‘Hole-inOne’ untuk lubang Par Tiga pada Terbuka Golf ini berupa sebuah Honda Jazz dari Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd, RM25,000 wang tunai dari Kurnia Insurance, dan wang tunai RM10,000 dari Cahaya Pack.

Pemain golf terkemuka Labuan Zariq Encho, yang memenangi Terbuka Sandakan baru-baru ini dan Kevin Pius, penyandang Juara Kelab LGC dan pemain golf Junior Sabah dan pemenang pelbagai Terbuka, Albright Chong dari Kelab Country Golf Sabah (SGCC) akan mempamerka­n kehebatan masing- masing sepanjang acara tiga hari itu. — Bernama JAKARTA: Skuad memanah negara mempamerka­n aksi mengecewak­an selepas tersingkir seawal pusingan pertama acara recurve dan compound berpasukan campuran Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 di Padang Memanah Gelora Bung Karno, di sini semalam.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar tewas 2- 6 kepada pasangan Vietnam, Chu Duc Anh dan Loc Thi Dao dalam acara recurve.

Mohd Juwaidi Mazuki berpasanga­n dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh kalah tipis 152-153 kepada wakil Singapura, Alan Lee Chung Han dan Contessa Loh Tze Chieh dalam acara compound.

Mohd Juwaidi yang ditemui media Malaysia selepas perla- wanan berkenaan mengakui agak kecewa dengan kekalahan tersebut, namun berpuas hati dengan pencapaian­nya pada edisi kali ini.

“Rezeki belum ada untuk saya, cuma saya harapkan yang terbaik untuk acara compound berpasukan lelaki menentang Laos pada Ahad ini.

“Laluan ke suku akhir agak susah kerana kita ada gergasi Asia seperti Korea Selatan, Taiwan, India dan Iran yang sangat kuat, namun dalam sukan memanah apa sahaja boleh berlaku termasuk melakukan kejutan kerana prestasi rakan sepasukan agak bagus,” katanya.

Untuk rekod, acara recurve dan compound tidak dipertandi­ngkan pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia