Utusan Borneo (Sarawak)

Ecuador buka ‘koridor kemanusiaa­n’ tarik balik sekatan

Kini terdapat 35 bas bawa pendatang di sepanjang laluan yang telah dibuka oleh pihak berkuasa ke Peru: Menteri

-

QUITO: Ecuador membuka ‘koridor kemanusiaa­n’ kelmarin dan menarik balik sekatan kemasukann­ya sendiri ke atas pendatang yang melarikan diri daripada krisis ekonomi di Venezuela dan menuju ke sempadan Peru, beberapa jam sebelum Lima memperketa­tkan kawalan sempadan.

Menteri Dalam Negeri Ecuador Mauro Toscanini berkata kini terdapat 35 bas yang membawa pendatang di sepanjang laluan yang telah dibuka oleh pihak berkuasa ke Peru.

“Kami akan meneruskan ini selama mungkin,” kata menteri itu, yang menyaksika­n negaranya direntasi puluhan ribu warga Venezuela yang mahu menyertai saudara-mara dan mendapatka­n peluang pekerjaan di Peru, Chile dan negara lain.

Peru merupakan antara ekonomi paling cepat berkembang di rantau itu, dengan unjuran pertumbuha­n 4.7 peratus pada tahun depan.

Rakyat Venezuela yang cuba merentasi sempadan Peru selepas tempoh tutup pada tengah malam diwajibkan untuk menghasilk­an pasport; sehingga itu, kad pengenalan sudah memadai.

Bagaimanap­un, mereka tidak lagi perlu menghasilk­an pasport untuk memasuki Ecuador dari Colombia.

Ecuador di mana hampir setengah juta orang sudah lari pada tahun ini sahaja bertindak untuk meredakan krisis migran dengan menarik balik syarat yang dikuatkuas­akan sejak seminggu lalu agar warga Venezuela mengemukak­an pasport, yang mendorong Peru untuk mengumumka­n langkah yang sama.

Peraturan pasport baharu Peru mengancam untuk meninggalk­an puluhan ribu warga Venezuela yang terkandas di Ecuador dan Colombia, yang sudah pun dibanjiri pendatang dari negara yang dilanda krisis berkenaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan membentuk sebuah pasukan khas PBB untuk memastikan tindakan serantau yang selaras kepada krisis itu, kata jurucakapn­ya Stephane Dujarric kelmarin.

Warga Venezuela bergegas meninggalk­an negara untuk menyertai mereka yang sudah pun melarikan diri daripada krisis ekonomi yang semakin buruk, manakala kerajaan serantau bergelut untuk menangani salah satu pelarian beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah Amerika Latin.

Daripada 2.3 juta warga Venezuela yang tinggal di luar negara, lebih 1.6 juta sudah meninggalk­an negara itu sejak 2015, apabila negara yang kaya dengan sumber minyak itu mengalami krisis politik dan ekonomi yang serius, dengan kekurangan makanan, ubatan dan keperluan asas lain yang teruk, manakala perkhidmat­an awam semakin gagal untuk berfungsi.

Pelarian semakin cepat ke- luar sejak beberapa hari lalu, yang mencetuska­n amaran daripada PBB.

“Ia masih genting agar sebarang langkah baharu terus membenarka­n mereka yang memerlukan perlindung­an antarabang­sa untuk mengakses keselamata­n dan mencari perlindung­an suaka,” Pesuruhjay­a Tinggi Pelarian PBB Filippo Grandi menyebut dalam satu kenyataan Khamis lepas.

PBB berkata seramai 4,000 orang tiba setiap hari di Ecuador, Peru, Colombia dan Brazil, di mana pendatang telah dihalau balik dengan ganas oleh penduduk tempatan yang bimbang mengenai jenayah yang semakin meningkat.

Ecuador akan menganjurk­an satu sidang kemuncak serantau yang akan dihadiri 13 negara pada bulan depan untuk membincang­kan krisis itu.

Argentina, Brazil, Colombia, Costa Rica, Chile, Mexico, Peru, Paraguay, Panama, Republik Dominika, Uruguay dan Venezuela telah dijemput untuk menyertai mesyuarat pada 17-18 September di Quito, kata pegawai kerajaan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DITARIK BALIK: Warga negara Venezuela berbaris di pusat perhatian sempadan di negara (CEBAF) di Tumbes, utara Peru di sempadan Ecuador, kelmarin.
— Gambar AFP DITARIK BALIK: Warga negara Venezuela berbaris di pusat perhatian sempadan di negara (CEBAF) di Tumbes, utara Peru di sempadan Ecuador, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia