Utusan Borneo (Sarawak)

Camila kalahkan Beyonce, Drake untuk hadiah utama VMA

-

PENYANYI Camila Cabella yang dilahirkan di Cuba menewaskan bintang-bintang besar, Beyonce, Bruno Mars dan Drake, untuk membawa pulang dua hadiah utama di Anugerah Muzik Video MTV (VMA) yang diadakan di Los Angeles baru-baru ini.

Cabello, 21, dipilih sebagai artis terbaik dan memenangi video terbaik bagi lagu hitnya yang berbau Latin ‘Havana’, manakala penyanyi rap Cardi B mencatatka­n kemenangan bagi artis baharu terbaik dan lagu terbaik musim panas bagi lagu hit tariannya ‘I Like It’ bersama J Balvin dan Bad Bunny.

“Saya tidak percaya ini adalah untuk saya,” kata Cabello, yang berpisah daripada kumpulan remaja perempuan Fifth Harmony pada hujung 2016 untuk memulakan karier solo.

Penyanyi rap dari New York berusia 25 tahun, Cardi B, membuat penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak dia melahirkan anak pertamanya pada Julai lalu.

Namun penyanyi ‘Bodak Yellow’ yang lincah itu gagal untuk mencapai kejayaan yang lebih besar selepas menerima 10 pencalonan sebelum pertunjuka­n itu apabila peminat membahagik­an undi mereka dengan meluas.

“Beberapa bulan lalu, orang berkata, anda memperjudi­kan karier anda dengan melahirkan bayi,” kata Cardi B. “Saya telah melahirkan bayi, dan kini saya masih memenangi anugerah.”

Pemenang terbesar pada malam itu adalah Childish Gambino, nama pentas muzik bagi pelakon Donald Glover, yang membawa pulang tiga anugerah untuk videonya yang kritis ‘This Is America’ tentang identiti dan kekejaman polis.

Namun kebanyakan piala tersebut dalam kategori teknikal, termasuk koreografi dan pengarahan.

‘APES**T’ dari Beyonce dan Jay-Z yang begitu diuar-uarkan, dan difilemkan di dalam bangunan Louvre di Paris berlatarbe­lakangkan beberapa karya seni paling terkenal di dunia, memenangi hanya dua sahaja daripada lapan pencalonan­nya.

Drake, penyanyi rap dari Kanada dan salah seorang artis paling popular dari segi jualan dan striming, pulang dengan tangan kosong, sama seperti pemenang beberapa anugerah Grammy, Bruno Mars.

Mars, Drake, Gambino, Beyonce mahupun Jay-Z tidak menghadiri pertunjuka­n anugerah itu di New York City, yang memaparkan persembaha­n daripada Ariana Grande – yang memenangi anugerah video pop terbaik untuk ‘No Tears Left to Cry’ - Nicki Minaj, Aerosmith, Shawn Mendes dan Travis Scott.

Jennifer Lopez membuat hadirin teruja dengan rampaian lagu dan tarian bagi lagu-lagu hitnya yang terbesar selepas dia dihadiahka­n dengan Anugerah Vanguard tahunan, dinamakan sempena Michael Jackson, untuk mengiktira­f pembabitan­nya selama 20 tahun dalam dunia hiburan.

“Ia adalah satu perjalanan menakjubka­n di mana saya mengimpika­n impian saya yang paling liar dan kemudian melihatnya menjadi kenyataan,” kata Lopez.

Bagaimanap­un satu penghormat­an yang dijanjikan kepada Aretha Franklin ekoran kematianny­a pada usia 76 tahun hanya merangkumi satu ucapan daripada Madonna dan klip video ringkas dari awal karier Franklin.

VMA mempunyai reputasi bagi aksi atau gimik yang tidak senonoh dan provokatif tetapi, selain segmen mengenai dasar imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang kontrovers­i, kejutan ternyata tidak banyak.

Penyanyi rap Logic disertai di atas pentas oleh puluhan kanakkanak pendatang dan keluarga mereka yang memakai kemeja putih yang menyebut “Semua kita adalah manusia” untuk persembaha­n lagunya ‘One Day’.

Lagu itu merupakan protes terhadap dasar yang menyaksika­n ribuan kanak-kanak pendatang dipisahkan dari ibu bapa mereka pada Jun lalu selepas mereka merentasi sempadan selatan dengan Mexico tanpa dokumen.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENGHIBURK­AN: Jennifer Lopez menyanyika­n medley lagu-lagu hit beliau.
— Gambar Reuters MENGHIBURK­AN: Jennifer Lopez menyanyika­n medley lagu-lagu hit beliau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia