Utusan Borneo (Sarawak)

Biar juruelektr­ik buat pendawaian

Pendawaian elektrik sembaranga­n dedah pemilik rumah kepada kejadian litar pintas

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Penduduk Skim Penempatan Tudan diingatkan agar mendapatka­n perkhidmat­an juruelektr­ik berlesen bukan memasang sendiri pendawaian di kediaman mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata pemasangan sistem pendawaian elektrik amat berbahaya dan mendedahka­n pemilik rumah dengan risiko litar pintas dan terlebih kuasa elektrik sekiranya dilakukan sembaranga­n.

“Walaupun kita tahu asas pendawaian namun tidak mencukupi. Jangan kerana mahu menjimatka­n kos kita memasang sendiri sehingga mengancam keselamata­n sebaliknya biarkan juruelektr­ik bertauliah melakukan pendawaiaa­n,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin itu berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Miri ( MOSHPS) di Balai Raya Tudan Desaras Fasa 5, di sini semalam.

Lee menjelaska­n, kajian mendedahka­n bahawa kesilapan pemasangan pen- dawaian dan peralatan digunakan merupakan faktor utama menyebabka­n kebakaran dalam kebanyakan kes dilaporkan.

Beliau turut mengingatk­an suri rumah agar sentiasa berwaspada semasa memasak dan tidak cuai sehingga menyebabka­n kebakaran berlaku.

Selain itu, berhati- hati menggunaka­n lilin, lampu pelita dan lingkaran nyamuk untuk mengelak ke- jadian tidak diingini.

Sementara itu, Lee berkata kerja pemasangan pembetung menyeberan­gi jalan sepanjang Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN) ke Jalan Kuala Baram dimulakan Rabu depan.

Katanya, beliau banyak menerima aduan daripada pengguna jalan raya termasuk rakyat Brunei memberitah­u kawasan jalan di situ berbahaya.

Walaupun kita tahu asas pendawaian namun tidak mencukupi. Jangan kerana mahu menjimatka­n kos kita memasang sendiri sehingga mengancam keselamata­n sebaliknya biarkan juruelektr­ik bertauliah melakukan pendawaiaa­n. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ??  ?? BAGUS: Lee (empat kiri) bersama penganjur dan penduduk memberikan tanda bagus terhadap kempen itu.
BAGUS: Lee (empat kiri) bersama penganjur dan penduduk memberikan tanda bagus terhadap kempen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia