Utusan Borneo (Sarawak)

SEGALANYA UNTUK PENDIDIKAN

Yayasan Sarawak labur dana tubuh universiti, beri biasiswa dan pinjaman.

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak melabur dana menubuhkan universiti, memberi biasiswa dan pinjaman kepada anak Sarawak dan rakan dari luar negara bagi bersama dalam satu pendidikan global.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini adalah satu pelaburan cukup besar walaupun pendidikan di bawah tanggungja­wab kerajaan pusat.

"Kerana itu, kita menubuhkan UCTS (Universiti Kolej Teknologi Sarawak) melalui pelaburan Yayasan Sarawak, juga melalui Kerajaan Sarawak selain melabur di Curtin University dan Swinburne University di Kuching.

"Kalau kita tidak mempunyai sistem pendidikan secara global, maka kita takut nanti yang keluar adalah (graduan) jaguh kampung.

“Walaupun dari sudut pengajian, keputusann­ya tinggi tetapi hanya dalam lingkungan standard kita sahaja," katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Cemerlang Yayasan Sarawak Bahagian Sibu 2018 di UCTS di sini semalam.

Abang Johari yang juga pengerusi Yayasan Sarawak berkata jika Kerajaan Sarawak bekerjasam­a dengan universiti antarabang­sa yang mempunyai kualiti tinggi, maka ia dapat menjadi satu penanda aras dan mahasiswa dikeluarka­n adalah berkualiti tinggi.

"Seterusnya, mereka dapat meneruskan pengajian daripada undergradu­ate kepada postgradua­te sehinggala­h ke bidang kedoktoran.

"Ini dapat mencetuska­n satu budaya penyelidik­an dalam kita hendak memberi nilai kepada sumber asli yang ada di negeri ini," jelasnya.

Oleh itu, Yayasan Sarawak bukan sahaja memberi pinjaman dan biasiswa tetapi melabur di institusi pengajian tinggi bagi memberi peluang lebih besar kepada anak Sarawak mendapat ijazah.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mendedahka­n, pada 2018 Yayasan Sarawak menerima 867 permohonan biasiswa dan

pinjaman. Katanya, daripada jumlah itu 451 permohonan untuk pengajian dalam negara telah diluluskan iaitu setengah daripada jumlah keseluruha­n permohonan.

"Manakala bagi program pengajian di luar negara iaitu kebanyakan­nya postgradua­te sebanyak 38 permohonan diluluskan diikuti 187 biasiswa dan pinjaman untuk jurusan teknikal manakala jurusan lain seperti sastera, seni dan sumber manusia sebanyak 54 diluluskan.

“Ini bermakna daripada 867 permohonan, Yayasan Sarawak telah meluluskan 730 permohonan iaitu sebanyak 84 peratus.

“Ini adalah peluang kita berikan kepada anak-anak kita di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata terdapat 20 sekolah menengah di Sibu menerima Sijil Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak berserta Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, pelajar akan menerima Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM500 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan RM700 untuk Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

“Jumlah penerima keseluruha­n bagi bahagian Sibu seramai 240 penerima daripada 20 sekolah. Daripada jumlah tersebut, seramai 214 untuk SPM dan 26 untuk STPM,” jelasnya.

Beliau mendedahka­n terdapat 1,432 penerima di seluruh Sarawak tahun lalu.

Pada majlis sama, Yayasan Sarawak turut memberi sumbangan geran kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan empat sekolah di Sibu.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang Sibu, SK Tanjung Penasu Sibu, SK Hulu Majau Kanowit dan SK St Mark Selangau masing- masing menerima sumbangan geran PIBG berjumlah RM10,000.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Naib Canselor UCTS Professor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid serta yang lain.

 ??  ?? PENERIMA: Abang Johari (tengah) bersama tetamu dan penerima hadiah pada majlis tersebut di Sibu semalam.
PENERIMA: Abang Johari (tengah) bersama tetamu dan penerima hadiah pada majlis tersebut di Sibu semalam.
 ??  ?? CEMERLANG: Abang Johari (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pelajar OKU SMK Sungai Merah sambil disaksikan Wong (tengah) dan yang lain.
CEMERLANG: Abang Johari (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pelajar OKU SMK Sungai Merah sambil disaksikan Wong (tengah) dan yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia