Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Padawan menganjurk­an Program ‘Community Policing’

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menganjurk­an Program Community Policing Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada sempena Hari Kebangsaan.

Program bersama Masjid Al- Abyad dan Persatuan Kepolisan Komuniti Matang itu diadakan pada Jumaat lepas dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Majlis Al-Abyad di Matang.

Kehadiran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diketuai Ketua Polis Daerah ( KPD) Padawan Superinten­den Aidil Bolhasaan serta 17 pegawai kanan polis dan 96 pegawai rendah polis.

Selain itu turut hadir Pengerusi Masjid Al-Abyad Mat Akhir Ahmad, Timbalanny­a Mohammad Hop, Pengerusi Persatuan Kepolisan Khidmat Masyarakat Kuching Mohd Alhafiz Hamdan dan kira-kira 300 ahli jemaah Masjid Al-Abyad.

Antara pengisian program termasuk ceramah pencegahan jenayah yang disampaika­n Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Padawan ASP Abdul Wadi Abdul Rani.

Sementara itu, ulasan dan penggulung­an matlamat program disampaika­n Aidil.

Program turut dimeriahka­n dengan pelancaran tabung khas untuk aktiviti Persatuan Kepolisan Khidmat Masyarakat Kuching dan pameran.

Pada majlis yang sama beliau turut menyampaik­an plak cenderamat­a kepada Pengerusi Al- Abyad dan pengerusi persatuan sebagai tanda terima kasih atas ker- jasama diberikan.

Antara matlamat program diadakan adalah untuk memberi kesedaran berkaitan pencegahan jenayah.

Ia juga bagi menyalurka­n maklumat jenayah kepada pihak polis sama ada melalui talian telefon atau bersemuka selain merapatkan dan menjalinka­n hubungan dengan masyarakat melalui program kerjasama.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Aidil (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil terlibat.
PENGHARGAA­N: Aidil (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia