Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan kenyataan mendapat sambutan

-

KUCHING: Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan Kenyataan anjuran Pertubuhan Wanita Untuk Wanita Sarawak ( SWWS) berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang sosial.

Presiden SWWS Margaret Bedus berkata, forum kedua yang diadakan tahun ini merupakan kesinambun­gan forum pertama pertubuhan itu pada tahun ini.

“Untuk makluman, SWSS yang ditubuhkan pada 1985 merupakan pertubuhan yang komited dalam memperjuan­gkan kesaksamaa­n gender, memperkasa­kan wanita selain berazam mengakhiri keganasan rumah tangga.

“Oleh itu, kita rasa gembira kerana forum ini mendapat sambutan menggalakk­an bukan sahaja daripada kalangan wanita tetapi juga kaum lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan semasa Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan Kenyataan di 11 Ridgeway, Jalan Ong Tiang Swee di sini, semalam.

Meskipun berada di zaman moden, kata Margaret, diskrimina­si terhadap wanita masih wujud apabila di peringkat global mencatat 40 peratus wanita berasakan tidak selamat di tempat kerja.

“Saya harap dengan penganjura­n forum ini, para peserta dapat memanfaatk­annya dalam kehidupan seharian mereka.

“Apatah lagi, forum ini mampu menjadi platform untuk memaklumka­n masyarakat tentang peranan SWWS secara keseluruha­n termasuk hak kesaksamaa­n gender khususnya di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang penceramah, Stella Tan daripada Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) dengan topiknya ‘Jawatankua­sa Penghapusa­n Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW) - Kad Markah Malaysia’ berkata, terdapat kekangan untuk golongan wanita di Sarawak mendapatka­n pendidikan kerana kekurangan infrastruk­tur terutama di kawasan luar bandar.

Malahan di peringkat jawatankua­sa kampung pula, katanya kebanyakan jawatan dimonopoli golongan lelaki.

“Justeru, saya harap kesaksamaa­n gender dapat diaplikasi­kan di peringkat akar umbi bagi menangani masalah tersebut,” katanya.

Selain Stella, dua lagi penceramah yang turut membentang­kan topik mereka pada forum tersebut ialah Alexandra John daripada SWWS dan Rozana Isa daripada Sisters in Islam (SIS).

Kedua-dua mereka masing- masing dengan topik ‘Bolehkah Kita Memenuhi Impian PBB ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)’ dan ‘Akta Kesaksamaa­n GenderSatu Arah Ke Hadapan’.

 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Sebahagian peserta yang menghadiri Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan Kenyataan di Kuching, semalam.
DAPAT SAMBUTAN: Sebahagian peserta yang menghadiri Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan Kenyataan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia