Utusan Borneo (Sarawak)

Struktur perundanga­n Mahkamah Bumiputera akan disemak

Ia untuk memastikan sistem keadilan berdasarka­n undang-undang ini kekal relevan mengikut perubahan semasa

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Struktur perundanga­n Mahkamah Bumiputera Sarawak akan disemak semula untuk memastikan sistem keadilan berdasarka­n undang-undang adat Bumiputera ini kekal relevan mengikut perubahan semasa.

Bagi tujuan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu ahli Mahkamah Bumiputera Sarawak diketuai Ketua Pendaftar Datu Michael Dawi Alli, menubuhkan sebuah jawatankua­sa bagi menjalanka­n kajian terperinci berhubung perkara ini.

Katanya kajian terperinci daripada semua sudut perlu dibuat sebelum cadangan untuk menyemak semula struktur perundanga­n Mahkamah Bumiputera Sarawak dikemukaka­n kepada Kerajaan Sarawak untuk pertimbang­an.

“Masa berlalu dan rakyat menjadi semakin canggih dan kita perlu menyemak semula bagaimana untuk mengurus sistem keadilan yang kita ada berdasarka­n undang-undang adat Bumiputera.

“Sebab itu, saya bersetuju dengan cadangan untuk melihat semula kedudukan Mahkamah Bumiputera kita yang telah lama wujud dan diguna pakai di negeri ini.

“Tetapi, kita perlu men- ubuhkan jawatankua­sa khas merangkumi mereka daripada bidang perundanga­n, ketuaketua masyarakat, mereka yang jelas dengan undang-undang adat Bumiputera termasuk ahli-ahli akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Pejabat Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Tambah Abang Johari, bagi memastikan undang-undang adat Bumiputera kekal relevan mengikut perubahan semasa, perbincang­an lanjut perlu diadakan antara ahli-ahli Mahkamah Bumiputera Sarawak bagaimana untuk membentuk struktur mahkamah yang terbaik.

Katanya, jika Mahkamah Bumiputera Sarawak mahu dikendalik­an secara bebas dan autonomi seperti mahkamah yang lain (Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah), kajian perlu dibuat daripada semua sudut.

“Kerajaan Sarawak menyedari akan perkara ini dan kita menyokong apa-apa tindakan yang diambil oleh ahliahli Mahkamah Bumiputera Sarawak diketuai Datu Michael Dawi,” katanya di hadapan tetamu yang hadir terdiri daripada kalangan pemimpin masyarakat dari seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, Pejabat Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak telah ditubuhkan pada 1993 di bawah peruntukan Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992.

Pejabat Ketua Pendaftar terletak di Kompleks Mahkamah Bumiputera di Kota Samarahan bersebelah­an Pejabat Majlis Adat Istiadat Sarawak.

Pada majlis itu Abang Johari turut menyampaik­an penghargaa­n khas kepada bekas ketua pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak.

Antaranyam­endiangAnd­rew Salip Ridu (April 1993-1995), mendiang Empeni Lang (Jun 1995-Disember 2005), Ronnie Edward (Januari 2005-Disember 2013), Hang Tuah Merawin ( September 2010- Oktober 2011) dan Datu Ganie Ugay (Januari 2014- Mac 2017).

Penghargaa­n khas turut disampaika­n kepada bekas ma- jistret Mahkamah Bumiputera Residen antaranya mendiang Patrick Rigep Nuek, mendiang Isaka Kana, Patrick Chaong, Peter Nyaid, Jemat Manggie dan Leo Jana Etin.

Manakala bekas majistret bagi Mahkamah Bumiputera Daerah pula Geffrey Usa Baling, Peter Mandy, Walter ChambersNa­jod,SimonAwang Sorep, mendiang Michael Napil Jawip, Datuk William Nyalau Badak, Henry Ginjom Lajim, Joseph Jinam, Terrence Firaon Masir, Drahman Amit dan Philip Ho Thian Huat.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta yang lain.

Masa berlalu dan rakyat menjadi semakin canggih dan kita perlu menyemak semula bagaimana untuk mengurus sistem keadilan yang kita ada berdasarka­n undang-undang adat Bumiputera. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? ULANG TAHUN: Abang Johari (empat kiri) bersama Dawi (dari kiri), Uggah, Juma’ani, Sikie dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang memotong kek ulang tahun ke-25 penubuhan Pejabat Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak. Turut kelihatan Asfia (kanan).
— Gambar Chimon Upon ULANG TAHUN: Abang Johari (empat kiri) bersama Dawi (dari kiri), Uggah, Juma’ani, Sikie dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang memotong kek ulang tahun ke-25 penubuhan Pejabat Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak. Turut kelihatan Asfia (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia