Utusan Borneo (Sarawak)

Individu beri kesan negatif terhadap keharmonia­n dilarang masuki Sarawak

-

KUCHING: Individu yang memberi kesan negatif terhadap keharmonia­n rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama akan ditegah memasuki negeri ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, hakhak yang dikuatkuas­akan itu termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sarawak terkenal kerana budayanya yang sederhana. Pelbagai kumpulan etnik sudah hidup dalam harmoni selama zaman berzaman.

“Kita dapat mencapai perkara ini kerana cara kita dibesarkan dalam masyarakat majmuk dan cara kerajaan menghalang pelampau dan orang tidak sensitif daripada menyebar budaya dan barah kebencian mereka ke Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Mohamad Fadillah Sabali berhubung Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin yang dihalang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu kelmarin.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, sebelum ini, Kerajaan Sarawak turut melarang beberapa individu daripada Barisan Nasional (BN) memasuki Sarawak.

Beliau menjelaska­n, ini kerana individu berkenaan dianggap memberi kesan negatif kepada keharmonia­n rakyat Sarawak.

“Cara segelintir orang berkelakua­n benar-benar mewajarkan sebab kenapa mereka tidak dibenarkan masuk ke negeri ini,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia