Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin akar umbi PBB harus menerangka­n kewujudan GPS

-

KUCHING: Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada peringkat akar umbi harus memainkan peranan masing-masing dalam memberi penerangan dan maklumat kepada masyarakat tentang kewujudan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Presiden PBB Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana penerangan berterusan mengenai GPS penting dan perlu sentiasa disebarkan kepada masyarakat bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan mereka.

Tambahan pula, katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini telah menyatakan pendaftara­n GPS sudah mendapat lampu hijau daripada Jabatan Pendaftara­n Per- tubuhan (ROS).

“Apa yang ditunggu sekarang adalah surat kelulusan dikeluarka­n sebelum perasmian GPS dijalankan. Oleh itu, kita perlu secara berterusan memberi penerangan mengenai penubuhan GPS,” katanya ketika berucap pada Sidang Randau PBB 2018 Cawangan N.4 Pantai Damai di Kampung Santubong di sini, malam kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar berkata, Sarawak kini tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk program pembanguna­n.

“Atas sebab itulah, kepimpinan PBB membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana mahu negeri ini ditadbir oleh anak tempatan.

“Dengan langkah ini, Sarawak sudah pasti akan lebih cepat membangun jika ditadbir anak tempatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyaranka­n kepimpinan PBB peringkat akar umbi untuk terus memperkasa parti keramat tersebut.

Pada masa sama katanya, perpaduan dalam kalangan ahli parti perlu dipertahan­kan bagi mengelak pengaruh luar yang boleh menjejaska­n keharmonia­n masyarakat.

Terdahulu, Kampung Santubong menjadi lokasi ketiga penganjura­n Sidang Randau PBB 2018 Cawangan N.4 Pantai Damai selepas Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Jaya Bakti.

 ??  ?? CERIA: Dr Abdul Rahman Junaidi pada Sidang Randau PBB 2018 Cawangan N.4 Pantai Damai di Kampung Santubong, malam kelmarin.
CERIA: Dr Abdul Rahman Junaidi pada Sidang Randau PBB 2018 Cawangan N.4 Pantai Damai di Kampung Santubong, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia