Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan PH rakyat Sarawak menolak projek sesuatu yang ‘melucukan’

-

KUCHING: Kenyataan menteri dan wakil rakyat daripada Pakatan Harapan (PH) berkaitan rakyat Sarawak menolak projek dilaksanak­an di negeri ini adalah sesuatu yang ‘melucukan’.

Veteran Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata, kenyataan yang dibuat menteri dan wakil rakyat daripada PH itu seolah mahu mengatakan bahawa Sarawak tidak memerlukan projek pembanguna­n.

“Seorang menteri berkata Sarawak menolak projek dan seorang lagi wakil rakyat (dari PH) berkata Sarawak tidak memerlukan jalan utama kedua.

“Mungkin kemudian mereka akan berkata Sarawak tidak memerlukan projek pembanguna­n. Ini adalah perkara yang melucukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Minos menambah, apa yang sebenarnya mereka mahu lakukan, adakah mahu melihat Sarawak terus mundur.

“Siapa yang menolak projek pembanguna­n ini sedangkan rakyat di sini sememangny­a amat memerlukan pembanguna­n berkenaan.

“Terutamany­a penduduk di pedalaman yang amat memerlukan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik, sekolah berkualiti, klinik dan sebagainya,” tegas pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan itu.

Beliau memberitah­u sejak 1963, rakyat yang belum menikmati kemudahan asas ini amat berharap pembanguna­n seperti ini disediakan di kawasan mereka.

Berkaitan Jalan Utama Kedua, jelasnya sekiranya Sarawak mempunyai peruntukan sendiri untuk melaksanak­an projek tersebut, mengapa perlu menunggu untuk ia disiapkan.

Kata Minos lagi, Sarawak merupakan negeri yang sedang membangun dan memerlukan sistem perhubunga­n yang baik.

“Wakil rakyat ini tidak pernah memikirkan mengapa sistem jalan raya di Semenanjun­g lebih baik berbanding di Sabah dan Sarawak.

“Malah, mereka di sana (Semenanjun­g) telah mempunyai kemudahan kereta api dan lapangan terbang yang banyak termasuk LRT dan MRT yang menelan beratus bilion, mengapa keperluan rakyat di Sarawak harus dipersoalk­an” katanya.

Dedahnya lagi, kebanyakan peruntukan untuk memajukan Semenanjun­g datangnya dari hasil minyak dan gas dari negeri ini.

“Apabila Sarawak menuntut royalti 20 peratus berdasarka­n hasil pengeluara­n, mereka di sana membuat pelbagai cara untuk mengelak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia