Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Komuniti Pantai Damai akan jadi lokasi ideal penganjura­n aktiviti

-

KUCHING: Pusat Komuniti Pantai Damai yang baharu dibuka di Dataran Buntal akan menjadi lokasi ideal bagi penganjura­n pelbagai aktiviti dan program yang dapat menjana ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pusat komuniti ini terletak di pusat komersial baharu dan yang pertama seumpamany­a dibangunka­n dalam Zon Santubong oleh Kumpulan Syarikat Sendayan.

Dengan adanya pusat komersial baharu ini, ia akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n lain di kawasan Pantai Damai dan Santubong amnya.

“Pembanguna­n pusat komersial ini merupakan langkah berani oleh Kumpulan Syarikat Sendayan.

“Saya yakin pembukaan pusat komersial ini sebagai pusat komuniti bagi kawasan Pantai Damai akan menyediaka­n ruang kepada usahawan dari kawasan ini memasarkan produk mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata demikian ketika berucap merasmikan pusat komuniti tersebut semalam.

Bagi meningkatk­an lagi ekonomi penduduk di kawasan ini, Dr Abdul Rahman juga telah meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menghidupk­an kembali pasar tani di Dataran Buntal pada setiap minggu.

“Pusat komuniti di Dataran Buntal ini merupakan lokasi strategik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

“Justeru saya berharap penduduk di sini akan menggunaka­n tempat ini sebagai platform untuk memasarkan produk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, sempena perasmian pusat komuniti tersebut semalam, pelbagai aktiviti diadakan bagi mempromosi­kan tempat itu kepada masyarakat selama dua hari sehingga hari ini.

Antaranya pertanding­an karaoke dan pertanding­an street soccer, pertanding­an mewarna dan jualan hasil tani anjuran FAMA serta agihan daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia