Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari enggan jawab isu sekat individu tertentu memasuki Sarawak

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg enggan menjawab gesaan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak yang mahu Kerajaan Sarawak menyemak semula penggunaan undang-undang yang menyekat individu tertentu masuk ke negeri ini.

Gesaan itu dibuat ekoran insiden melibatkan Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin yang dihalang masuk ke negeri ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu kelmarin.

“Tidak perlu dijawab perkara itu,” kata Abang Johari ketika ditemui selepas Majlis Ibadah Korban dan Pengagihan Daging Korban kepada 500 penerima anjuranJab­atanKetuaM­enteridi pekarangan tempat letak kereta WismaBapaM­alaysia, PetraJaya di sini semalam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kehormat lain.

Semalam, Ketua Pemuda AMANAH Sarawak Mohamad Fadillah Sabali dalam satu kenyataan melahirkan rasa terkilan atas sekatan dikenakan terhadap Shazniyang­jugapengar­ahMobilisa­si Pemuda Pakatan Harapan (Harapan) Malaysia itu.

Beliau menjelaska­n, tujuan Shaznimema­sukiSarawa­kadalah untuk berjumpa ahli parti dan melibatkan diri dalam aktiviti parti yang merupakan salah satu daripada fungsi sistem demokrasi berparlime­n.

“Kerajaan Sarawak menggunaka­n kuasa di bawah Akta Imigresen atau apa-apa undangunda­ng yang lain terhadap yang bukanbersi­fatsubvers­ifdantidak mengganggu kesejahter­aan rakyat Sarawak adalah sesuatu yang tidak munasabah,” tegasnya.

Beliau menganggap cara ini tidak membantu proses demokrasi berparlime­n berjalan dengan baik.

Menurut Fadillah, sebarang usaha menghalang tanpa sebab yang kukuh adalah tidak bersifat telus.

Justeru, beliau menegaskan bahawa Pemuda AMANAH Sarawak meminta Kerajaan Sarawak menyemak semula penggunaan undang-undang yang menyekat individu tertentu memasuki negeri ini.

Malah, beliau mahu senarai nama individu disekat itu dibersihka­n agar tujuan undangunda­ng ini dikuat kuasa dilihat menghormat­i sistem demokrasi berparlime­n dan memberi jaminan yang ia tidak disalah guna pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia